Di akhir zaman ramai umat Islam beribadah secara jahil kerana mempelajari syariat secara rambang sahaja,tidak faham peranan syariat, tidak faham mana yang fardhu, mana yang wajib, mana yang sunat, sah batal pun tidak begitu difahami oleh ramai umat Islam.
Apakah beribadah seperti ini Tuhan terima?
Adakalanya kerana mengejar fadhilat terlanggar yang fardhu dan yang wajib, kerana membuat yang sunat tidak peduli pantang-larang syariat.
Hendakkan fadhilat puasa Isnin Khamis, waktu berbuka tidak kira makanan halal atau haram.
Kerana mengejar pahala umrah, setiap tahun mengerjakan umrah, fakir miskin depan rumah diabaikan, bahkan dibiarkan.
Kenduri arwah tidak dicuaikan, tapi sembahyang fardhu diabaikan.
Kerana hendakkan fadhilat sembahyang di raudhah, berkasar dengan orang, sakit pula hati orang yang wajib dijaga.
Kerana hendak mencium hajarul aswad melanggar dan menyiku orang, padahal perbuatan itu adalah haram,mencium hajarul aswad hanya sunat sahaja di dalam Islam,tidak mencium bukan satu kesalahan.
Rajin bersembahyng malam tapi bakhil menjadi pakaian, sombong menjadi budaya sedangkan perbuatan itu adalah haram termasuk dosa besar.
Rajin berdakwah, sering membuat ceramah tapi kerana nama dan glamour yang dilarang Allah.
Beribadah di masjid rajin, tapi di rumah Allah Taala itu jugalah dia mengumpat,bercerita tentang dunia.
Berpuasa sunat jarang ditinggalkan tapi sepanjang hari membuka aurat atau berpakaian ketat.
Meninggalkan sunat bukan satu kesalahan, mendedahkan aurat perkara yang dilarang.
Begitulah umat Islam bersyariat di akhir zaman.
Rajin juga beribadah tapi pantang larang, tata tertib, mana yang utama tidak difaham.Kalau di Mekah atau di Madinah, bersembahyang di kedua-dua masjid ini ada yang melangkah orang sedang bersembahyang, berkasar dengan orang kerana merebut tempat sembahyang. Di dalam beribadah berkecai ukhuwah dan kasih sayang yang sangat dituntut oleh Islam.. Renung2kan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan