"Inginkan mutiara selamilah lautan..., Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..., Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..., Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 Kemanisan................."

ahlan wasahlan

JOM p kedai on9 PUTRIDMUMMY
http://dsuriabeautycollection.blogspot.com/

Selasa, 9 Mac 2010

Bersih Hati Melalui Penjagaan Makanan..




Hati adalah merupakan ketulan daging yang mengandungi sel-sel darah merah dan zat-zat besi yang terhasil daripada makanan yang kita makan. Jika pengambilan makanan itu bersih dan suci (halal di sisi syariat Islam), maka hati kita juga turut bersih dan suci. Jika sebaliknya, zat-zat yang membina hati itu menjadi busuk dan gelap (tidak mendapat nur hidayah daripada Allah SWT ).

Hati yang telah ‘gelap’ akan menyebabkan kita sukar untuk menerima nasihat dan tunjuk ajar serta sukar dalam mentaati Allah jua melakukan kebajikan. Oleh itu pastikan pemakanan yang diambil adalah dari sumber yang halal dan tiada syubhah. Elakkan diri dari makan bersandar atau berbaring kerana ia akan membahayakan sistem pencernaan di dalam perut kita. Makanlah makanan yang halal dan janganlah berlebihan kerana ia akan melemahkan hati serta membuatkan kita menjadi lalai dan alpa...

"Wadah yang paling dibenci Allah ialah perut yang penuh sarat dengan makanan sekali pun halal"

Lahirkanlah rasa syukur di dalam diri kita di atas nikmat makanan yang direzekikan Allah kepada kita semua seperti di dalam firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya”. [ Surah Al-Baqarah: 172 ]

Tujuan makan adalah untuk menguatkan tubuh badan dalam mengerjakan ibadah dan menunaikan segala perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya. Seterusnya memberi ruang untuk kita bersyukur di atas nikmat Allah.

Firman Allah SWT:

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”. [Surah Al-Mu’minun:51]

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman”. [Surah Al-Maaidah: 88]


Walau bagaimanapun janganlah makan bersendirian dan Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa sebaik-baik makanan ialah yang disentuh oleh banyak tangan dan berhentilah makan sebelum terlalu kenyang. – zk

Note: Ada pepatah mengatakan 'makanlah untuk hidup...jangan pula hidup untuk makan' :)





smbr:permaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan