"Inginkan mutiara selamilah lautan..., Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..., Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..., Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 Kemanisan................."

ahlan wasahlan

JOM p kedai on9 PUTRIDMUMMY
http://dsuriabeautycollection.blogspot.com/

Isnin, 12 September 2011

SEBELUM dan... SESUDAH (Syawal & Ramadhan)


Setelah kita melalui bulan Ramadhan,  tentu saja kita masih perlu untuk beramal sebagai 
bekal kita nanti sebelum dijemput oleh malaikat maut. Kegembiraan dan keghairahan kite menyambut Aidil fitri d bulan syawal tak mungkin dapat memisahkan, menjarakkan dan merenggangkan hubungan  kita dengan Allah swt yg mana kita telah berusaha mendekatkan, menghambakan diri kita denganNYA tak kira siang mahupun malam semasa d bulan Ramadhan. Dengan apa yg kita pelajari dan latihan yg dibuat/diamalkan di bulan Ramadhan, dapat kita teruskan jua di bulan-bulan yg lain, syawal dan sterusnya......

 1)  Tetap Menjaga Solat Lima Waktu dan Solat Jemaah
Bulan Ramadhan sungguh sangat berbeza dengan bulan-bulan lainnya. Orang yang dulu 
malas ke masjid mengerjakan solat lima waktu, di bulan Ramadhan begitu bersemangat 
melaksanakan amalan solat ini. Itulah di antara tanda dibukanya pintu syurga dan 
ditutupnya pintu neraka ketika itu. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila Ramadhan tiba, 
pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan pun dibelenggu.” (Hadis Riwayat 
Muslim) Keutamaan orang yang menjaga solat lima waktu berikut. Rasulullah
SAW bersabda,“Allah SWT berfirman, ‘Aku wajibkan bagi umatmu solat lima waktu. 
Aku berjanji pada diriku bahawa barangsiapa yang menjaganya pada waktunya, Aku akan 
memasukkannya ke dalam syurga. Adapun orang yang tidak menjaganya, maka aku 
tidak memiliki janji padanya’.”(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Solat berjemaah di masjid juga memiliki keutamaan yang sangat mulia dibanding solat 
sendirian. Rasulullah SAW bersabda, “Solat jemaah lebih utama dari solat sendirian 
sebanyak 27 darjat.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Antara kesemua waktu solat,solat Subuh merupakan solat yang paling berat dikerjakan 
oleh orang munafik sebagaimana sabda Nabi SAW: “Tidak ada solat yang paling berat 
dilakukan oleh orang munafik kecuali solat Subuh dan solat Isyak. Seandainya mereka 
mengetahui keutamaan keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun 
sambil merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Buraidah bin Al Hushoib Al Aslamiy berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW 
bersabda:“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah solat. 
Barangsiapameninggalkannya maka dia telah kafir.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, An 
Nasaai Dan Ibnu Majah)

2) Berpuasa Enam Hari di Bulan Syawal
Hendaklah di bulan Syawal ini, setiap muslim berusaha untuk menunaikan amalan yang 
satu ini iaitu berpuasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang 
sangat istimewa. Hal ini dapat dilihat dari sabda Rasulullah SAW dari Abu Ayyub Al 
Anshoriy, Baginda bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian 
berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (Hadis 
Riwayat Muslim)
Apa faedah melakukan puasa enam hari di bulan Syawal?
Ibnu Rajab radiallahuanhu menyebutkan beberapa faedah di antaranya:
a) Berpuasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan akan menyempurnakan 
ganjaran berpuasa setahun penuh.

b) Puasa Syawal dan puasa Syaaban seperti halnya solat rawatib qabliah dan ba’diah. 
Amalan sunnah seperti ini akan menyempurnakan kekurangan dan cacat yang ada dalam 
amalan wajib. Setiap orang pasti memiliki kekurangan dalam amalan wajib. Amalan 
sunnah inilah yang nanti akan menyempurnakannya.

c) Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan adalah tanda diterimanya amalan 
puasa Ramadhan. Kerana jika Allah Ta’ala menerima amalan hamba, maka Dia akan 
memberi taufik pada amalan soleh selanjutnya. Sebagaimana sebahagian salaf 
mengatakan, “Balasan dari amalan kebaikan adalah amalan kebaikan selanjutnya. 
Barangsiapa melaksanakan kebaikan lalu dia melanjutkan dengan kebaikan selanjutnya, 
maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama.

d) Kerana Allah telah memberi taufik dan menolong kita untuk melaksanakan puasa 
Ramadhan serta berjanji mengampuni dosa kita yang telah lalu, maka hendaklah kita 
mensyukuri hal ini dengan melaksanakan puasa setelah Ramadhan. Sebagaimana para 
salaf dahulu, setelah malam harinya melaksanakan solat malam, di siang harinya mereka 
berpuasa sebagai rasa syukur pada Allah atas taufik yang diberikan.

e) Lebih baik bagi seseorang yang masih memiliki qada’ (tanggungan) puasa Ramadhan 
untuk menunaikannya terlebih dahulu daripada melakukan puasa Syawal,Kerana tentu 
saja perkara yang wajib haruslah lebih diutamakan daripada perkara yang sunnah.
Walaubagaimanapun penggabungan kedua-dua ibadah ini dibenarkan.(kecuali kepada 
orang yang berbuka puasa tanpa sebab, maka dilarang gabungan tersebut) wallahua’lam..




p/s: arap lpas ramadhan ni... dpt la trus istiQamah  puase isnin khamis... ye?  insyaAllah.. ramai yg PUASA, TAPI tak SOLAT.. TAPI rasanya tak ada yang SOLAT sengaja x berPUASA. btul x? renung2kan... =)