"Inginkan mutiara selamilah lautan..., Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..., Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..., Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 Kemanisan................."

ahlan wasahlan

JOM p kedai on9 PUTRIDMUMMY
http://dsuriabeautycollection.blogspot.com/

Ahad, 14 Mac 2010

10 PesanaN IMAM SHAFIE yg perlu kita ingat...




Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


ReNungaN buat kite bersame....


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu
jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain
juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih
mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
orang lain.

Sabtu, 13 Mac 2010

TitiSaN MutiaRa TeRindaH

Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah.

Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu.

Dan Bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah.



Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan Terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam.

Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga.

Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu.

Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta,
Dambalah cinta dan kasih Yang Satu.







smber:iluvislam

BaHagia MengHadapi UjiaN ALLAH....




Dalam meniti arus kehidupan,manusia seringkali diuji oleh Allah s.w.t. Ada sahaja yang menimpa diri,sehingga kekadang dirasa sudah tidak tertahan dengan ujian yang dihadapi.Bukan sengaja merintih nasib diri tetapi dugaan yang bertimpa-timpa sedikit sebanyak menguji keimanan yang tidak sekuat mana pun.

Ya,manusia memang mudah merasa sengsara apabila diasak bertubi-tubi dengan ujian dariNya.Hinggakan terlupa suatu hakikat bahawa orang yang diuji oleh Allah itu adalah hamba-hambaNya yang Dia sayangi.Firman Allah dalam Surah Ali Imran:139 yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya,jika kamu orang yang beriman.”
.




Justeru,mengapa memilih untuk berkeluh kesah dan menderita?Sedangkan kebahagiaan menanti dalam setiap ujian yang dihadapi.Tinggal lagi manusia yang harus mencarinya dengan hati yang tulus dan suci.Bagaimana?

1.Bergantung harap hanya pada Allah Rabbul ‘Alamin.
Allah yang mendatangkan ujian kepada manusia,jadi penawarnya juga ada padaNya.Manusia yang bertaqwa tidak akan membiarkan dirinya hanyut melayan perasaan sengsara,tetapi tetap bersyukur dengan ujian yang menimpa kerana dalam mengharunginya dia telah dianugerahkan ketabahan dan kesabaran.Maksud Firman Allah dalam Surah At-Taubah:129,

”Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.”


2.Mengimani dan meyakini qada’ dan qadar Allah.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya.Kerana Dia adalah Khalik,Zat yang mencipta manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.Allah telah menetapkan aturan terhadap manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain mengikut ilmuNya yang Maha Luas,itulah yang dipanggil sunnatullah.Segalanya mengikut qada’ dan qadarNya.Manusia yang bertaqwa akan meyakini segala ujian yang dihadapi adalah ketetapan untuknya dari Allah dan ada hikmah serta rahmat di sebaliknya.Firman Allah dalam Surah At-Talaq:3 yang bermaksud

“…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan urusannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.”


3.Mengimpikan kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat.
Kiasannya,langit tidak akan selalunya mendung pasti terbit jua sang mentari di ufuk timur.Allah pasti menyusulkan kemudahan di setiap kesusahan yang diberikan kepada hambaNya.Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:5 dan 6 yang barmaksud,

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”


Manusia yang bertaqwa bukan sahaja menginginkan kebahagiaan di dunia yang sementara tetapi mendamba kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.Lantas dia tidak mudah melatah dengan ujian yang dihadapi,kerana baginya itu satu peluang untuk memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat.Firman Allah dalam Surah Az-Zumar:61 yang bermaksud,

“Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa kerana kemenangan mereka(pada hari kiamat).Mereka tidak disentuh oleh azab dan tidak bersedih hati.”


4.Menginsafi diri bahawa ada manusia yang lebih dhaif.
Setiap kali ditimpa dugaan,manusia pasti merasakan dialah yang paling menderita dan bernasib malang di dunia ini.Walhal ada yang lebih dhaif darinya tetapi tidak pernah mengeluh,tetap redha dengan aturan Allah kepadanya.Manusia yang bertaqwa akan memandang kepada orang yang lebih bawah setiap kali didatangkan dengan ujian dariNya kerana hanya dari situ dia melihat dirinya lebih baik dan beruntung.Dia juga menanamkan qana'ah dalam dirinya dan menzahirkan rasa syukurnya kepada Allah dengan sebaiknya.Firman Allah dalam Surah Ibrahim:7 yang bermaksud,

“Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu,maka pasti azabKu amat berat.”



Secara tuntasnya,Allah menguji hambaNya bukan tujuanNya untuk menyeksa,tetapi itu adalah suatu rahmat dariNya.Dan kerana Allah menciptakan manusia untuk kehidupan di akhirat,lantas dunia ini hanya tempat untuk mencari perbekalan.Firman Allah dalam Surah Al-Mukminn:115 yang bermaksud,

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2 saja,dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”.


Justeru,hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya.Kerana semakin sayang Allah pada manusia,semakin dia diuji,namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati.Wallahu’alam.







smbr iluvislam.. same2 kite berkongsi...

Selasa, 9 Mac 2010

Bersih Hati Melalui Penjagaan Makanan..




Hati adalah merupakan ketulan daging yang mengandungi sel-sel darah merah dan zat-zat besi yang terhasil daripada makanan yang kita makan. Jika pengambilan makanan itu bersih dan suci (halal di sisi syariat Islam), maka hati kita juga turut bersih dan suci. Jika sebaliknya, zat-zat yang membina hati itu menjadi busuk dan gelap (tidak mendapat nur hidayah daripada Allah SWT ).

Hati yang telah ‘gelap’ akan menyebabkan kita sukar untuk menerima nasihat dan tunjuk ajar serta sukar dalam mentaati Allah jua melakukan kebajikan. Oleh itu pastikan pemakanan yang diambil adalah dari sumber yang halal dan tiada syubhah. Elakkan diri dari makan bersandar atau berbaring kerana ia akan membahayakan sistem pencernaan di dalam perut kita. Makanlah makanan yang halal dan janganlah berlebihan kerana ia akan melemahkan hati serta membuatkan kita menjadi lalai dan alpa...

"Wadah yang paling dibenci Allah ialah perut yang penuh sarat dengan makanan sekali pun halal"

Lahirkanlah rasa syukur di dalam diri kita di atas nikmat makanan yang direzekikan Allah kepada kita semua seperti di dalam firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya”. [ Surah Al-Baqarah: 172 ]

Tujuan makan adalah untuk menguatkan tubuh badan dalam mengerjakan ibadah dan menunaikan segala perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya. Seterusnya memberi ruang untuk kita bersyukur di atas nikmat Allah.

Firman Allah SWT:

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”. [Surah Al-Mu’minun:51]

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman”. [Surah Al-Maaidah: 88]


Walau bagaimanapun janganlah makan bersendirian dan Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa sebaik-baik makanan ialah yang disentuh oleh banyak tangan dan berhentilah makan sebelum terlalu kenyang. – zk

Note: Ada pepatah mengatakan 'makanlah untuk hidup...jangan pula hidup untuk makan' :)





smbr:permaya

PENDIDIKAN ANAK-ANAK, Tuntutan Dan Tanggungjawab




Kedudukan anak-anak dalam Islam

Anak-anak merupakan anugerah serta rezeki kurniaan Allah SWT kepada pasangan suami isteri yang secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Fitrah ini wujud di kalangan muslim mahupun bukan muslim. Bagaimanapun ibu bapa muslim sangat dituntut untuk mengetahui dan memahami nilai kurniaan Allah SWT ini. Ketidakfahaman dalam perkara ini menyebabkan ibu bapa tidak dapat melaksanakan peranan dan tanggung-jawab mereka, malah mungkin tidak menunaikan hak anak-anak seperti memberi kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:

“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Oleh itu kita wajib menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana nikmat Allah SWT ini boleh menghiasi rumah tangga dan menenteramkannya.

“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami).” (Surah al Furqan: 74)

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud:

“Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.”


(Surah Ali Imran: 38)

“Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Surah Maryam : 5-6)

Kedua-dua ayat di atas merakamkan doa Nabi Zakaria yang berhajat kepada anak untuk meneruskan kewajipan dakwah yang dipikulnya.

Menurut Akhlaq Hussain, “Anak-anak yang saleh menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa....” Inipun sekiranya anak-anak tersebut dididik dengan sempurna sehingga menjadi mukmin yang sebenar kerana hanya anak-anak sebegini membolehkan ibu bapa memperolehi sedekah jariah yang dikatakannya.

Apakah hak-hak anak ke atas bapa dan ibunya?

Rasulullah SAW telah bersabda di dalam beebrapa hadith sahih yang maksudnya:

“Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Quran”


(Riwayat Al-Hakin dan Ad-Dailami)

“Pendidikan yang diberikan seseorang kepadanya lebih baik baginya daripada bersedekah satu sha(nilai mata wang)”

“Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik.” (H.R. Tirmidzi)

Selain itu anak-anak juga berhak untuk mendapat perhatian dan memperolehi kasih sayang ibu bapanya. Akhlaq Hussain menulis, “Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang bagaimanakah mereka mengharapkan anak mereka berkelakuan baik kepada mereka?”

Salah satu peranan terpenting di dalam kehidupan ibu dan bapa adalah menjaga amanah Allah SWT dengan sebaiknya. Anak-anak adalah antara amanah yang utama.

Rasulullah SAW telah bersabda, yang maksudnya: (“.......dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya.”)

Oleh itu mendidik anak-anak menjadi soleh adalah satu tanggungjawab diniyah. Kegagalan mendididk mereka akan membawa akibat yang berat di akhirat. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini di dalam Surah at-Tahrim, ayat 6 yang bermaksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”

Tamaiyuz (perbezaan) di dalam matlamat dan perjalanan hidup pendakwah

Salah satu perkara penting yang perlu difahami dan disedari ialah terdapat perbezaan yang ketara (tamaiyuz) di antara pendakwah dan anggota harakah Islam dengan anggota masyarakat yang lain. Perbezaan ini adalah dari segi matlamat dan perjalanan hidup kita. Kita menyedari bahawa Allah telah memerintahkan kita supaya menjadikan diri sebagai manusia Rabbani.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Ali Imran ayat 79 yang bermaksudnya:

“...Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”

Rabbani bermaksud kita memiliki ciri-ciri Rabbaniyah yang dikehendaki Allah SWT, sama ada di dalam diri atau dalam perjalanan hidup kita. Oleh itu kita mestilah bersifat Rabbani dari sudut ghoyah(matlamat) dan wijhah(haluan) mahupun masdar(sumber) dan manhaj(sistem). Dengan itu sudah pasti kita berbeza besar daripada masyarakat, dari sudut matlamat pendidikan anak-anak dan juga method(kaedah) mendidik mereka.

Seorang sarjana pendidikan, Dr. Abdul Rahman Salih telah menulis: “.....setiap masyarakat mempunyai matlamat-matlamat tertinggi (idealisma) di dalam kehidupan mereka, dan masyarakat itu akan berusaha untuk menghantar anak-anak masyarakatnya kepada matlamat-matlamat tersebut. Setiap masyarakat juga mempunyai jalan-jalan atau metod-metod pendidikan untuk menyampaikan masyarakat tersebut kepada matlamat-matlamat mereka. Oleh itu apabila satu-satu masyarakat mengikuti atau meniru jalan-jalan dan metod-metod pendidikan satu masyarakat yang lain, mereka dengan sendiri telah mengambil idealisma atau hajat tertinggi masyarakat yang diikuti atau yang ditiru.” Oleh demikian dalam melaksanakan tuntutan mendidik anak-anak, kita mestilah berwaspada supaya tidak tergelincir daripada landasan pendidikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan yang diterjemahkan di dalam kehidupan Rasulullah SAW.

Sepertimana yang dijelaskan, kita mempunyai ghoyah (matlamat tertinggi) dan hadaf (matlamat dekat) yang lebih tinggi dan lebih mulia. Ini melahirkan tamaiyuz dengan masyarakat. Kita adalah anggota harakah Islam yang mempunyai matlamat hidup membangunkan sistem Allah. Kita menjadikan tujuan hidup kita untuk menegakkan syariat Allah. Natijah daripada kesedaran ini adalah menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadah. Dengan semua aktiviti hidup kita adalah untuk mencapai matlamat yang suci ini. Oleh itu pembinaan diri kita sebagai mukmin(fardi muslim) yang ikhlas berjihad dan pembangunan baitul muslim (keluarga muslim) adalah untuk matlamat tersebut. Kelahiran serta pendidikan anak-anak kita adalah untuk matlamat ini.

Anak-anak adalah generasi pewaris dakwah

Di samping mendidik anak-anak menjadi anak yang saleh, mereka perlu diproses dengan rapi agar bersedia memikul dan melaksanakan tanggung-jawab dakwah dan jihad. Anak-anak kita adalah pewaris perjuangan yang sedang kita laksanakan hari ini. Mereka akan dipertanggungjawabkan untuk meneruskan perjuangan suci dengan lebih berkesan kerana kesedaran yang telah ada di dalam hati kita. Di atas hajat ini juga Allah menyebutkan doa nabi Zakaria di dalam Surah Maryam, ayat 5 yang maksudnya:

“Anugerahkanlah aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.”

Oleh itu kita perlu bertanya kepada diri kita secara serius, adakah kita peka atau prihatin dengan tanggungjawab mendidik anak-anak kita? Kita perlu melihat anak-anak kita sebagai mad’u (orang yang diseru) yang perlu dibentuk melalui satu proses tarbiyah, iaitu proses penyucian diri, pembentukan kefahaman, kesedaran dan pembinaan syakhsiyah.



Pendidikan bagaimana yang dituntut untuk dilaksanakan?

Di dalam al-Quran Surah al-Ahzab, ayat 36 Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:

“Tidaklah patut bagi setiap mukminin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya telah memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka.”

Oleh itu kita dituntut untuk mendidik anak-anak melalui proses tarbiyah Islamiyah sama ada dari segi manhaj, ghoyah, hadaf serta natijahnya. Tarbiyah Islamiyah mempunyai manhajnya yang tersendiri dan teristimewa kerana manhaj ini datang daripada Allah SWT, Allah yang berteraskan tauhid. Seluruh kehidupan untuk berubudiyah kepada Allah SWT semata-mata.

Satu lagi yang dituntut ke atas diri kita adalah ibu bapa sendiri; perlu melalui pendidikan ini terlebih dahulu dengan keikhlasan, kesungguhan serta penyerahan supaya kita terlebih dahulu menjadi manusia Rabbani. Ini kerana salah satu prasyarat keberkesanan tarbiyah adalah contoh teladan.






Isnin, 8 Mac 2010

SeLaMaT HaRi WaNitA SeDuNia.... renung2kan..


Inikah yang kita harapkan pada saudara perempuan kita? Rosak akhlak/mati jiwanya?

Apa dah jadi?...

Salah siapa?

ibu sudah tidak sayangkan anak?

Inilah natijahnya apabila manusia bertuhankan nafsu..

Inikah arah tuju yang anda semua mahukan...?

Apabila nafsu bermaharajalela..lelaki rosak dan merosakkan.....Apabila perempuan2 rosak...dunia hancur !!!!. Jadilah manusia.. lelaki dan perempuan@ wanita yang lebih hina daripada binatang...

Sempena hari Wanita seDunia ini.. marilah kite semua renung dan muhasabah diri...

Adakah ini jalan yang akan membahagiakan kita?

Inikah jalan yang diredhai olehNya?

Masih belum TERLAMBAT untuk kite kembali ke jalan yang diredhaiNya...

SESUNGGUHNYA, AIR MATA TAUBAT adalah AIR PALING SUCI..................

Kelazatan sesuatu yang HARAM dapat menimbulkan PENYESALAN, PENDERITAAN dan HUKUMAN.






Tips Menghafal Al-Quran....




1-BETULKAN NIAT

Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran.Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dlm peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya,kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaa ALLAH,semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,ameen.


2-ISTIQAMAH

Setiap ibadat itu,perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dlm penghafazan al-Quran. Istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat.Tanpa istiqamah,PERCAYALAH,hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja.Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz ak-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh,istiqamah dlm muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,isnya ALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.


3-BERAMAL

Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang.Setiap ayat mestilah difahami maknyanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syriat.Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran.Oleh itu ,berpeganglag dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran,mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.


4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN

Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman(yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hazan agar tidak mengalami kesilapan.
Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi juka selalu diperdengarkan kepada teman-teman insya ALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat diingatan.


5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN

Mungkin ini pelik bagi orang biasa,namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita.Ia akan memeningkan kita daru segi meningati struktur ayat,kerana setiap al-Quran mempnuyai pelbagai saiz.Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya.Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya,kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafaz kita benar2 kukuh dan bersemadi di hati.Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat,ia juga akan menjadi berkat.


6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI

Bagi memantapkan hafazan,kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari,jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melupuntukan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama',sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninngalkan kita,seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula.aptah lagi jika meningglakan sebulan,maka setahun jadinya.Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran.Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.


7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT

Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz.Jangan biasakan didi membaca ayat-ayatlazim sahaja,biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dlm solat.Ini akan memngukuhkan lagi ingatan hafazan kita,kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dak kita ka menjadi khusyuk dlm bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan.

Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya. Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata






sumbr:iluvislam

KisaH Rabia'tul Adawiyah...


Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.


Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Wassalam.