"Inginkan mutiara selamilah lautan..., Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..., Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..., Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 Kemanisan................."

ahlan wasahlan

JOM p kedai on9 PUTRIDMUMMY
http://dsuriabeautycollection.blogspot.com/
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mei 2010

Milah Minta Cerai


Satu petang yang hening...aku (Abang Kasim) duduk berehat2 di depan rumah sambil menghisap rokok kretek(murah skit)huhuhu.. sementara itu anakku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikirkan agaknyer... isteriku Milah? ade kat dapur nun..memasak. bahagiakan familiku ini...

Milah mmg cukup rajin memasak, anakku pulak petah berkata2 menghiburkan kami sefamili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kat mulut..

Tetibe je dia nak minta cerai??? Aku ni bkn insan yang lemah, cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.

Rumah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur..

'MILAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENSEM LAGI KE SAMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

MILAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..kalau berani buat lah...

MILAH......AWAK MELAMPAU!

Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni gi lah ambik serai tu cepat..anak kite tak cakap kat awak ke?...

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....

Ceyai Vs cerai... Hati2 dgn bahasa anak anda... Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri.... kah,kah,kah... (seb la anak i x pelat..., hihiiiiiiiiiiiiiii...)
 
 
 

Rabu, 21 April 2010

Pak Pandir beli TV






Pada suatu hari, Pak Pandir pergi ke pekan untuk membeli TV. Sampai di kedai menjual TV, Pak Pandir pon bertanyalah kepada jurujual:

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Jurujual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv kaler merah 1…… 
Jurujual : warna merah? sini suma kaler itam je ade pak pandir.
Pak Pandir : adoi... mana nak bli tv kaler merah? itam nnt nak tgk GELAP!

Kwang... kwang..  hantam jala pak pandir.. hik,hik..


Rabu, 7 April 2010

LawaK ZOO.. hik,hik



Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok.

Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.

Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan.

"Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.

Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu .
"Hey! Diamlah, kalau tidak kita berdua akan dipecat,"
kata singa itu.La... aku ingatkan aku sorang je.. rupenye ramai lagi manusia jd haiwan d zoo ni..? aduss.. !
kite serupeeeee laaaa nampaknye.. hik,hik...


Ahad, 4 April 2010

peNaNgaN TELOR rebus... pruuuuuuuuuuuuuuuuttttttt,.... Kah,Kah,Kah....



Aku dapat citer nie dari kawan aku... cam nie citer dia...

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru

berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua

sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan

telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan

telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan

tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah

aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak..


Khamis, 1 April 2010

Seorang Suami yang Kedekut


Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramatlah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun ma sin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama , si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami.

"Tak mahal encik, cu ma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh.. mahalnya,tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ.


Ahad, 28 Mac 2010

SalaHkaH AKU BeRtuduNg??????? huk,huk,huk.....

Ceritanya bgini....

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.
Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"
Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.
"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."
Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


  

Nape? Ilang trus FEEL? he,he..., jgn mara..........
" ceriakan idup anda... he,he.."