Sudah menjadi lumrah apabila berlakunya sesuatu masalah atau isu dalam masyarakat, persoalan yang sering timbul ialah siapa yang bersalah? Golongan manakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap permasalahan ini?
Contohnya, apabila berlakunya gejala sosial yang semakin menjadijadi, berbagai golongan menjadi sasaran. Ada yang menuding jari kepada ibu bapa yang katanya tidak bertanggungjawab, ada yang menuduh guru-guru gaga1 mendidik, ada yang mempersoalkan tanggungjawab pemimpin dan tidak kurang juga yang menyalahkan para ulama yang tidak berperanan.
Golongan-golongan inilah yang sering menjadi sasaran utama. Cuba kita suluh dari perspektif Islam, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab dalam masalah ini.
BAIK TIANG-TIANG SERI MASYARAKAT BAIKLAH MASYARAKAT
Asas utama untuk menyelesaikan masalah masyarakat itu ialah tiang-tiang seri atau tunggak masyarakat yang hendak bertindak itu hendaklah menjadi baik terlebih dahulu. Misalnya kalau di rumah, kedua ibu bapalah ibarat tiang serinya. Kalau di sekolah, ia tanggungjawab guru besar serta para pendidik. Kalau di sesebuah kampung, ketua kampung serta jawatan kuasa kampung (JKK). Kalau di pejabat, pengarah serta para ketua jabatannya. Kalau di peringkat daerah, wakil rakyat, pegawai daerah (DO) dan penolong pegawai daerah (ADO). Kalau dalam sesebuah negeri, menteri besar serta exco-exconya dan seterusnya di peringkat negara, ia merupakan tanggungjawab Perdana Menteri serta para kabinetnya. Mereka ini bukan sahaja perlu bertindak menangani masalah yang dihadapi tetapi juga perlu menjadi contoh kepada masyarakat.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka
rosaklah manusia, iaitu umarak dun ulama." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)
Berdasarkan Hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa
Rasulullah SAW menyebut dua golongan utama yang menjadi kayu ukur dan penentu baik buruknya rakyat iaitu ulama dan umarak.
Secara umumnya, semua golongan mempunyai tanggungjawab masing-masing mengikut kuasa yang ada padanya di 'kawasan' masing-masing. Ini adalah kerana, apa bangsa atau puak sekalipun, lumrahnya yang atas mendidik yang bawah,
yang di atas kena memimpin dan mengasuh yang di bawah. Contohnya di rumah, ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak. Kalau di sekolah, guru-gurulah yang bertanggungjawab mendidik murid-murid. Kalau dalam jemaah, pemimpin jemaahlah yang perlu mendidik para pengikutnya. Manakala dalam sebuah negara, pemimpin negaralah yang bertanggungjawab mendidik rakyatnya.
Hal ini tidak berlaku sebaliknya. Pada hakikatnya, bagaimana bentuk dan sikap anak-anak itu menggambarkan bentuk dan sikap ibu dan ayahnya. Bagaimana sikap murid-murid menggambarkan sikap guru-gurunya. Bagaimana sikap anggota dalam satu jemaah itu menggambarkan sikap pemimpinnya atau ketuanya. Bagaimana keadaan masyarakat menggambarkan keadaan pemimpinnya. Itulah rakyat, baik buruk rakyat adalah gambaran baik buruk pemimpin.
Apabila anak-anak majoritinya telah rosak akhlaknya, dan perangai mereka menjolok mata, maka ibu bapanyalah yang bersalah. Bukankah pepatah Melayu ada berkata, bapa borek anaknya rintik.
Begitu jugalah di sekolah, apabila murid-muridnya sudah ramai tidak bermoral dan disiplin diri sudah tiada, majoriti guru-gurunyalah yang bersalah. Pepatah Melayu juga ada mengatakan, "Bila guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari".
Kalau di sekolah pun, di mana manusia dididik, sudah tidak mampu lagi melahirkan manusia yang berdisiplin lahir dan batin, jangan mimpilah ia boleh berlaku di kilang, di padang, di hutan, di tempat-tempat rekreasi, di pejabat, di pusat membeli-belah dan di lain-lain tempat dapat melahirkan manusia yang terdisiplin lahir dan batin, sedangkan tempat-tempat itu bukan gelanggang pendidikan.
Demikianlah juga apabila rakyat sudah banyak membuat masalah dan disiplin diri sudah punah, ini menunjukkan kebanyakan pemimpin dan ulama sudah rosak. Kalaupun mereka tidak secara terang-terangan membuat maksiat, mungkin
secara tersembunyi di sebalik tabir. Bukankah Hadis juga ada berkata yang bermaksud:
"Manusia itu mengiku t agama rajanya (pemerin tahnya). "
Ertinya, bagaimana pemerintahnya begitulah rakyatnya. Oleh itu untuk membaikkan golongan yang sudah rosak tadi, pemimpin tidak boleh menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya be rjalan betul.
Pemimpin ibarat sebatang kayu, bayangnya adalah rakyat. Kalau bayangnya bengkok bererti kayunya bengkok. Kalau bayangnya lurus, mesti kayunya juga lurus. Begitulah kalau sebuah negara itu rakyatnya banyak yang jahat, ini menunjukkan
para pemimpin negara itu juga sudah banyak yang jahat.
Oleh itu untuk membaikkan rakyat, kenalah para pemimpin membaiki diri mereka terlebih dahulu sebelum mengajak rakyatnya menjadi baik.
Ini menunjukkan bahawa golongan yang banyak ditentukan oleh golongan yang sangat sedikit. Yang sedikit mencorak yang banyak. Mencorak di sini termasuklah mencorak jiwa atau perasaan, aka1 dan pemikiran. Watak dan perangai masyarakat ditentukan oleh siapa yang mendidik dan memimpinnya. Kalau begitu, ibu bapa, guru-guru, pemimpin masyarakat, pemimpin jemaah, ketua kampung, imam, wakil rakyat, pegawai daerah dan ketua negara mestilah di kalangan mereka yang mempunyai wibawa yang tinggi kerana merekalah yang akan menentukan nasib orang ramai. Baik mereka baiklah orang ramai. Jahat mereka, maka jahatlah orang ramai.
Kalau murid-murid ramai yang jahat, kalau anak-anak ramai yang rosak, kalau rakyat ramai yang terlibat dengan gejala sosial, maka yang patut insaf terlebih dahulu ialah ibu ayah, guru-guru dan para pemimpin. Sepatutnya mereka dulu yang perlu bermuhasabah sebelum meminta orang ramai bermuhasabah. Jangan salahkan orang ramai, tapi salahkan diri dulu.
Cuba kita renung sejarah agung kepimpinan para Sahabat. Sayidina Umar r.a. contohnya, apabila mendapat tahu ada seekor kambing mati di tepi sungai Furat, dialah orang yang pertama merasa berdosa di atas kematian itu kerana dia adalah
khalifah di waktu itu. Dia tidak menuding jari kepada penggembala kambing, orang kampung atau pihak-pihak lain tetapi terus menyalahkan dirinya. Padahal kes itu hanya membabitkan seekor kambing. Tidak melibatkan manusia.
Begitulah sensitifnya Sayidina Umar r.a. terhadap dosa dan tanggungjawab seorang pemimpin yang diamanahkan Tuhan kepadanya.
Jika berlaku dalam sebuah keluarga seorang anak lelaki terlibat dengan dadah, manakala anak perempuannya pula terlibat dengan pergaulan bebas, sepatutnya ibu bapalah yang terlebih dahulu menginsafi diri dan merasa berdosa terhadap
apa yang menimpa anak-anak mereka sebelum menyalahkan anak. Ini adalah kerana anak-anak mencerminkan ibu bapanya.
Tetapi hari ini apa yang berlaku, bila te rjadi perkara seumpama ini, ibu bapa bukan sahaja tidak merasa bersalah malah kadangkala mereka membela pula anak-anak mereka dan menuduh orang lain yang bertanggungjawab menyebabkan anak-anak mereka terjebak dengan maksiat. Bila ibu bapa mengambil sikap demikian, bukan mereka sahaja yang rosak malah sikap mereka itu turut merosakkan anak-anak mereka. Mereka akhirnya mencetus satu lagi kerosakan di atas kerosakan yang telah sedia berlaku.