Bahan-Bahan :
1 kg laksa
1 kg ikan Sardin/ Kembung (sardin lg sdap)
2/3 batang bunga kantan
6 keping @ lebih asam gelugur
10 biji cili padi
100gm cili kering
2 biji bawang besar
2 tangkai daun kesum
Garam secukup rasa
Belacan agak2.. ikut tahap resdung anda.. :-), kalau teruk, x perlu xpe.
Untuk Hiasan
1 biji timun (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris) 5 biji cili padi (dihiris)
5 biji telur rebus (di belah 2)
1 pokok daun salad
Cara membuatnya..:
1)Laksa direbus dan setelah lembut.. tapis dan asingkan air dgn laksa.
2)Rebus ikan sardin @kembung hingga lembut @ putih mata ikan.., asingkan isi dan tulang ikan..
3)Mesin isi ikan sekejap saje, ( jgn sampai terlalu halus dan hancur) msukkan dalam periuk. Mesin tulang ikan besama air dan tapis.. Ulang langkah ini hingga tulang mnjadi putih bersih..
4)Kemudian bolehlah kisar cili kering yg telah direndam dan dibuang biji besama, bawang besar dan belacan.. Jika nak pedas lagi.... tambahkan cili padi dan dimesin sekali.
6)Boleh tambah air sekiranya kuah terlalu pekat....
7)Buka api, kacau.. dan masukkan bunga kantan, asam keping, daun kesum, dan garam secukup rase..
8)Tggu hingga mendidih... sedia di hidang panas2...
* Ade yg buat cara tumis.. tapi akk x suke la.. sbb sdap mkn ygni lagi.. he,heeeeeeee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan