ahlan wasahlan
http://dsuriabeautycollection.blogspot.com/
Isnin, 8 Mac 2010
SeLaMaT HaRi WaNitA SeDuNia.... renung2kan..
Tips Menghafal Al-Quran....

Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran.Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dlm peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya,kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaa ALLAH,semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,ameen.
2-ISTIQAMAH
Setiap ibadat itu,perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dlm penghafazan al-Quran. Istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat.Tanpa istiqamah,PERCAYALAH,hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja.Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz ak-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh,istiqamah dlm muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,isnya ALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.
3-BERAMAL
Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang.Setiap ayat mestilah difahami maknyanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syriat.Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran.Oleh itu ,berpeganglag dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran,mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.
4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN
Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman(yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hazan agar tidak mengalami kesilapan.
Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi juka selalu diperdengarkan kepada teman-teman insya ALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat diingatan.
5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN
Mungkin ini pelik bagi orang biasa,namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita.Ia akan memeningkan kita daru segi meningati struktur ayat,kerana setiap al-Quran mempnuyai pelbagai saiz.Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya.Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya,kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafaz kita benar2 kukuh dan bersemadi di hati.Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat,ia juga akan menjadi berkat.
6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI
Bagi memantapkan hafazan,kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari,jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melupuntukan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama',sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninngalkan kita,seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula.aptah lagi jika meningglakan sebulan,maka setahun jadinya.Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran.Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.
7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT
Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz.Jangan biasakan didi membaca ayat-ayatlazim sahaja,biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dlm solat.Ini akan memngukuhkan lagi ingatan hafazan kita,kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dak kita ka menjadi khusyuk dlm bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan.
Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya. Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata
sumbr:iluvislam
KisaH Rabia'tul Adawiyah...

Ahad, 7 Mac 2010
TamriN d LabuaN Dagang Bustanul Arifin...
Khamis, 4 Mac 2010
Adab Kepada ALLAH azzawajala....

1. Anugerah dan rahmat yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada manusia tidak terhitung banyaknya iaitu semenjak manusia diciptakan daripada nutfah (setitis air mani) di dalam rahim ibunya sehingga dia kembali menghadap Allah s.w.t.
2. Manusia hendaklah mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhan dan perintahnya dan menjauhi segala tegahan dan larangannya serta selalu memujiNya sama ada dengan kata-kata atau amal perbuatan serta memanfaatkan segala yang dianugerahkan hanya untuk beribadah kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya"
( Surah Ibrahim - Ayat 34 )3. Cara ini merupakan adab kepada Allah s.w.t. sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)......."
( Surah An- Nahl - Ayat 53 )4. Kaum muslimin meyakini bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan sentiasa memperhatikan setiap tingkah laku manusia sehingga hati mereka sentiasa takut kepada Allah dengan mengingatiNya serta mengagungkanNya.
5. Mereka merasa malu berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t. untuk melanggar apa-apa tegahan dan laranganNya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
( Surah Al-Baqarah - Ayat 152 )6. Kaum Muslimin mengetahui dan melihat bahawa Allah s.w.t. menguasai diri setiap manusia yang sentiasa menyerahkan diri kepadaNya serta bertawakal kepadaNya . Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" .... Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal , jika kamu benar-benar orang yang beriman ".
( Surah Al - Maidah - Ayat 23 )7. Kaum Muslimin mencari akan rahmat dan kasih sayang Allah dengan merendahkan diri dan sentiasa berdoa mencari keredhaanNya dengan ucapan dan amalan yang soleh.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " ..... dan rahmatKu meliputi segala sesuatu...." .
( Surah Al-A'raf - Ayat 156 )8. Setiap amalan yang soleh dan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan yang bersungguh-sungguh akan dibalas dengan pahala yang berlipatganda serta dijanjikan syurga yang kekal selama-lamanya .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya , maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan ".
( Surah An-Nur - Ayat 52 )9. Kaum Muslimin yang sentiasa memelihara adab dengan Allah akan mendapat kedudukan yang mulia dan darjat yang tinggi serta mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah s.w.t.
ruj:bmbingan mukminin/JMNM
Adab terhadap RASULULLAH S.A.W

i) Allah telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat terhadap Nabi Muhammad S.A.W seperti yang ditegaskan dalam firman Allah :
“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.....”
( Al-Hujurat 49:1 )
ii) Sesungguhnya Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya :“ Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul...”
( Muhammad 47:33)iii) Allah menjadikan Rasullullah sebagai pemimpin dan hakim seperti dalam firmannya :
“ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu.....”
( An-Nisa’ 4:105 )iv) Allah telah menetapkan bahawa Rasullullah adalah manusia terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan sempurna.
Beberapa cara beradab kepada Nabi Muhammad S.A.W antaranya :
- Hendaklah mentaati Nabi Muhammad S.A.W di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
- Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah.
- Mencintai para salihin dan para pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi golongan fasiq kerana mereka membenci Nabi Muhammad S.A.W.
- Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad S.A.W apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya.
- Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W samada soal agama dan dunia
- Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.
ruj:bmbingan mukmin/JMNM
AdaB KepaDa Al-Quran...

1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur'an adalah keunggulan yang tertinggi.
2. Al-Qur'an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.
3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-
" Bacalah olehmu Al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" (Riwayat Muslim)4. Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur'an kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat.
5. Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur'an di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya" (Riwayat Bukhari) " Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya" (Riwayat An- Nasa'i)6. Adab - adab di dalam membaca Al- Qur'an ialah :-
i) Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :-" Hiasilah olehmu Al- Qur'an dengan suaramu " (Riwayat Ahmad)
Rabu, 3 Mac 2010
SeDaRkaH Kite ISU ini??????
KDN: Organ rakyat Malaysia dijual ke luar negara
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan wujud kegiatan menjual organ membabitkan mangsa rakyat Malaysia ke luar negara.Ketua Setiausaha
kementerian, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata kebanyakan mangsa yang dilaporkan adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
"Mereka ini ada yang diculik dan dibawa ke negara asing sebelum organ mereka dicuri dan dijual kepada yang memerlukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran kempen Anti Pemerdagangan Manusia di Padang Besar hari ini.
Beliau yang tidak mendedahkan tahap keseriusan kegiatan itu berkata ada juga mangsa yang diperdaya untuk menjual organ mereka di negara asing tetapi tidak dibayar seperti dijanjikan.

"Penjualan organ ini yang berlaku sama ada dalam bentuk paksaan, tidak sedar atau dalam keadaan sedar adalah salah dan tertakluk kepada Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," katanya.
Mengulas mengenai kegiatan pemerdagangan orang di negara ini, Abdul Rahim berkata dalam tempoh 28 Februari 2008 hingga 7 Februari lalu, seramai 186 orang telah didakwa mengikut akta berkenaan.
"Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kaum wanita dan perangkaan menunjukkan daripada 231 mangsa kes itu sejak dua tahun lalu, 154 orang adalah wanita," katanya.
Isnin, 1 Mac 2010
HalaLkaH BEBOLA, NUGGET dll yang KITE sume makan??
JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAI /TAHU SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.
Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.
Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.
Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

Ideris Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula
yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan
di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang .
Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.

Pengusaha kilang ini menyimpan perut dan daging babi bersama
bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk
"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.
Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.
Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.

Berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk
merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan
di Kepala Batas
Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari
Menangis Kite Kerana Ape???????

Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.
Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.
Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.
Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !
mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..
renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..








Inikah yang kita harapkan pada saudara perempuan kita? Rosak akhlak/mati jiwanya?
Apa dah jadi?...
Salah siapa?
ibu sudah tidak sayangkan anak?
Inilah natijahnya apabila manusia bertuhankan nafsu..
Inikah arah tuju yang anda semua mahukan...?
Apabila nafsu bermaharajalela..lelaki rosak dan merosakkan.....Apabila perempuan2 rosak...dunia hancur !!!!. Jadilah manusia.. lelaki dan perempuan@ wanita yang lebih hina daripada binatang...
Sempena hari Wanita seDunia ini.. marilah kite semua renung dan muhasabah diri...
Adakah ini jalan yang akan membahagiakan kita?
Inikah jalan yang diredhai olehNya?
Masih belum TERLAMBAT untuk kite kembali ke jalan yang diredhaiNya...
SESUNGGUHNYA, AIR MATA TAUBAT adalah AIR PALING SUCI..................
Kelazatan sesuatu yang HARAM dapat menimbulkan PENYESALAN, PENDERITAAN dan HUKUMAN.