"Inginkan mutiara selamilah lautan..., Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..., Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..., Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 Kemanisan................."

ahlan wasahlan

JOM p kedai on9 PUTRIDMUMMY
http://dsuriabeautycollection.blogspot.com/

Jumaat, 25 Februari 2011

Bismillah~




BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ‘BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM’ yang bermaksud ‘Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..’
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. ‘BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ‘ (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.












p/s: Bismillahirrohmanirrohim...
Mudah, simple, pendek, tp kita pndg remeh..
tahu, tp x amalkan.... kan? jom mulakan skrg... =)
nk pegang penyapu, bismillah, nk pegang cawan, bismillah, nk pegang pen, bismillah...
sumeeeeeeeeeeenye Bismillah...  =)



Mest Dengar...



Khamis, 24 Februari 2011

Suara Yang Didengar Mayat.......... (iaitu kita suatu masa nanti)..




Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu; 
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya. 


Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad
 ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.

·
 - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu 
·
 - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu 
·
 - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu 
·
 - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu." 


Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan
 ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
·
 - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah 
·
 - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara 
·
 - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa 
·
 - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara" 


Ketika Mayat Siap Dikafan
 ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan 
·
 - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha 
·
 - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah 
·
 - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal 
·
 - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya 
·
 
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan." 

Ketika MayatDiusung.
 ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
·
 - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan 
·
 - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat 
·
 - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat." 


Ketika Mayat Siap Disholatkan
 ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
 

·
 - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat 
·
 - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik 
·
 
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk." 

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat
.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
·
 Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
·
 - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis 
·
 - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka 
·
 - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa." 


Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian...
 . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... . 
·
 Kini Kau Tinggal Seorang Diri 
·
 Tiada Teman Dan Tiada Kerabat 
·
 Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. 
·
 Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri 
·
 Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku 
·
 Hari Ini,.... 
·
 Akan Kutunjukan Kepadamu 
·
 Kasih Sayang-Ku 
·
 Yang Akan Takjub Seisi Alam 
·
 Aku Akan Menyayangimu 
·
 
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya". 

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman
"Wahai Jiwa Yang Tenang
 

·
 Kembalilah Kepada Tuhanmu 
·
 Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya 
·
 Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku 
·
 
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"





p/s: apakah perasaan kita skarang? masihkah kita mendabik dada... merasa megah.. merasa hebat, merasa kita berkuasa? berkuasakah kita??? kita,  hanya sekujur tubuh yg dipinjamkan nyawa olehNYA yg MAHA BERKUASA..   (marilah sama2 kita berusaha memperbaiki diri kita).. tiada yg sempurna... 

Isnin, 21 Februari 2011

Jadilah Seperti PENSIL... nmpk cam xde ape.. tp jom ikuti cite ni dlu.. =)


                                                             


Seorang cucu bertanya kepada neneknya yang sedang menulis sepucuk surat.

“Nenek tulis ape? crite kite ke tentang perangai saye?”

Mendengar pertanyaan si cucu, nenek brenti menulis dan berkata kepada cucunya,

“Sebenarnya nenek sedang menulis tentang kamu, tapi ada yang lebih penting dari isi tulisan ini iaitu PENSIL yang nenek pakai. Nenek harap kamu bakal seperti pensil ini ketika kamu besar nanti”, ujar si nenek lagi.

Mendengar jawaban ini, si cucu kemudian melihat pensilnya dan bertanya kembali kepada si nenek ketika dia melihat tidak ada yang istimewa dari pensil yang nenek pakai.

“Tapi nek, pensil nmpak biasa, sama je ngan pensil2 yg lain”, Ujar si cucu.

Si nenek kemudian menjawab,

“Itu semua tergantung bagaimana kamu melihat pensil ini. Pensil ini mempunyai 5 perkara @ benda yang akan mmbuat kamu tenang dalam menjalani hidup, kalau kamu selalu memegang prinsip-prinsip itu di dalam hidup ini”,

Si nenek kemudian menjelaskan 5 perkara tersebut.:

1) Pertama:

Pensil memngingatkan kita, klu kita BERJAYA dlm hidup ini. Jgn kita lupa, bhwa ada tangan yg selalu membimbing kita ke arah kejayaan dalam hidup ini. Kita menyebutnya Allah, Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya”.

2) Kedua:

Dalam proses menulis, nenek kadang beberapa kali harus berhenti dan mengasah untuk menajamkan kembali pensil nenek. Asahan  ini pasti akan membuat si pensil menderita. Tapi setelah proses mengasah selesai, si pensil akan mendapatkan ketajamannya kembali. Begitu juga dengan kita, dalam hidup ini kita harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, kerana merekalah yang akan membuatkan kita  menjadi orang yang lebih baik”.

3) Ketiga:

Pensil selalu memberikan kita kesempatan untuk mempergunakan penghapus(pemadam), untuk memperbaiki kata-kata yang salah. Oleh karena itu memperbaiki kesalahan kita dalam hidup ini, bukanlah hal yang buruk. Itu akan  membantu kita untuk tetap berada pada jalan yang benar”.

4) Keempat:

Bhgian yang paling penting dari sebuah pensil bukanlah bagian luarnya, melainkan arang yang ada di dalam sebuah pensil. Oleh sebab itu, selalulah hati-hati dan menyedari hal-hal di dalam diri kita”.

5) Kelima:

Sbatang pensil selalu meninggalkan tanda/goresan…Seperti juga kita, kita harus sedar  bhwa apapun yg dilakukan oleh kita, akan menggalkan kesan. Oleh kerana itu hati-hatilah selalu dan sedar terhadap semua tindakan”



p/s: kdg2.. bila kita amati dgn benda2 yg ada sekeliling kita.. semuanya boleh jd sesuatu yg hebat.. yg boleh kita contohi.. wlupon hanya sebtg pensil yg mnjadi teman @ shbt karib ank2 ke sekolah... moga dpt kita sampikan pd ank2 kita yg pastinya kenal pensil dan xtahu rahsia d sebaliknya.. =)

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah




                                                
                                              sweet memory wit my fader.. i luv u dad.. =)

Ramai tak sedar, jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka.....

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23) 

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua. 

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.


p/s: Lupakanlah kisah silam, x semua punya kenangan manis besama ibu ayh. x dibela @ d jaga oleh mereka.. Mgkin itu kesilapan yg x perlu d ulang oleh kita sbgai ank kpd mrka org tua dan juga pd ank2 kita yg mndtg..  
Kita mulakan lgkah, dan perbaharui suasana...  insyaAllah.. Allah sentiasa bersama kita.. benda yg baik jgn kita lengah2kan... mulakan lgkah.. brtanya kabar, telefon selalu.. pulang ziarah.. bercuti @ luangkan masa bersama2, beriadah...  hati mereka akn tersentuh dan merasa bersalah pd kita.. dan x mustahil sgalanya akn menjd sweet memory sblom mereka pergi meninggalkan kita... =)

Jumaat, 4 Februari 2011

kELUaRgA bAhAgiA...........




1. Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.

2. Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.

3. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

4. Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

5. Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.

6. Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.

7. Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.

8. Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.

9. Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.

10. Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

11. Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.

12. Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibubapa mereka daripada celaan dan kekerasan.

13. Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.

14. Mahkota kehormatan orang tua adalah anak cucunya.

15. Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.

16. Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.

17. Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah SWT pun tetap terjaga.

18. Keluarga yang dekat dengan Allah SWT akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

19. Rasullullah saw bersabda, "Paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya."

20. Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid di jalan Allah.

21. Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.

22. Allah SWT mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.

23. Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.

24. Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka.

25. Jika Allah SWT cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.

26. Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana ketaatan keluarga kepada Allah SWT.

27. Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.




p/s: bukan mudah... bukan senang... namun, kita sama2lah  berusaha.....       InsyaAllah...