"Inginkan mutiara selamilah lautan..., Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..., Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..., Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 Kemanisan................."

ahlan wasahlan

JOM p kedai on9 PUTRIDMUMMY
http://dsuriabeautycollection.blogspot.com/

Sabtu, 29 Oktober 2011

Buku ni sesuai tok sume~ bkn ank2 je taw? ('',)



Beli kat grai ana muslim mse g konvo upm.... 

Memang MENARIK sgt.. berKULIT TEBAL.. kertas nye pon bgus... serta gambar2 dan katun2nye menarik.. memberi lebih pemahaman ttg surah2 (juzuk amma) buku ni jgak de muatkan pristiwa2 penting serta  hikmah turunnya tiap2 surah.. ('',)
p/s: RM69.00


Asma Ul-Husna, kedai buku, stormreaders

Rm 9.00
Asma ul-Husna ni mmg bagus sgt.. mmg menarik sgt untuk kanak2 dan kita yg dewasa ni.. 
Anak yg sulong da hafal, sbb kat skolah, mmg mse prhimpnan sblom msuk klas, bace ni dlu...
Same2 amalkan ape yg disarankan.. sgt comel dan kiut.. tulisan dan gambar2 katun yg sgt mnarik.. 
Buku POKET WAJIB ada stp org ni.. ('',)


Khamis, 13 Oktober 2011

~Bila aku jatuh CINTA~



                   


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu



p/s; jika semuanya kerana Allah, pasti kita tidak akan HAMPA! insyaAllah... , tp andai duji dan tertulis apa jua taqdirnya.. maka berlapang dadalah terima dan laluinya... moga ada HIKMAH disebaliknya~

Rabu, 12 Oktober 2011

Nisa' Cycling Day @ Taman Botani, Putrajaya... JOM JOIN... (' ',)


Assalamua'laikum kwn2, shbt2 sume ...

Ape? xtaw nk pg mne? nak buat ape ujung minggu ni? JOM JOIN NISA' PUTRAJAYAnye XTVT ujung minggu ni...  
yg berada di sekitar Putrajaya / KL @ yg mne rase dekat la dengan tmpat kitorang nk wat xtvt ni.. blehla dtg join. k? sblom tu, blehla call dlu.. ye? =)



Tarikh : 16hb Oktober 2011 (Ahad)
Tempat : Taman Botani, Putrajaya.
Masa : 8.00 pagi (berkumpul di Taman Botani, Putrajaya)


Bayaran penyertaan : Rm10 (sewa basikal + makan minum)

Program ini terbuka kepada semua wanita berumur 18 - 40 tahun.


 Untuk pendaftaran, hubungi :

1) Sarah 012-9384478

2) Rehan 012-3049868





p/s;  XTVT memang MENARIK dan sangat MURAH!.. sape xjoin, mest RUGI... 
ok, JUMPE di SANA... PENYERTAAN adalah TERHAD. siapa CEPAT die DAPAT! call NOW.. =0

Ahad, 9 Oktober 2011

Bagaimana corak yg dilukis... begitulah HASILnya~

BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH?



Bathriesyia Putri Nadyra
&
Damieya Putri Maisara 

Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah -sallallahu 'alaihi wasallam-(bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu-)
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)

                                                    Muhammad Darwisy Ramadhan
                                            

Apa makna anak soleh?

Anak yang soleh bukan sekadar anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa -sebagaimana anggapan kebanyakan kita-, akan tetapi anak yang menjaga agama (Islam). Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak  dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu otomatis akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana sahaja ia berada.

Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?

Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)

10 langkah praktis untuk melahirkan anak soleh

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain

 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
a) Selalu membaca al-Quran di rumah
b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, musolla atau surau

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh & solehah

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita


Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.




P/S; ank2 mummy yg soleh dan solehah.. InsyaAllah... stp ari DOAkan yg  TERBAIK tok dorg, DUNIA AKHIRAT... pengubat duka lara mummy.. 
i love u along,angah,& abang




Selasa, 4 Oktober 2011

aduhai.. wahai SUAMI seantero dunia.. ('',)









Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seoran
g isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”… iaitu yg BERGELAR ISTERI.... (me tooo =))









p/s: sayangilah dan hargailah is3, sblom terlambat! =)

Isnin, 12 September 2011

SEBELUM dan... SESUDAH (Syawal & Ramadhan)


Setelah kita melalui bulan Ramadhan,  tentu saja kita masih perlu untuk beramal sebagai 
bekal kita nanti sebelum dijemput oleh malaikat maut. Kegembiraan dan keghairahan kite menyambut Aidil fitri d bulan syawal tak mungkin dapat memisahkan, menjarakkan dan merenggangkan hubungan  kita dengan Allah swt yg mana kita telah berusaha mendekatkan, menghambakan diri kita denganNYA tak kira siang mahupun malam semasa d bulan Ramadhan. Dengan apa yg kita pelajari dan latihan yg dibuat/diamalkan di bulan Ramadhan, dapat kita teruskan jua di bulan-bulan yg lain, syawal dan sterusnya......

 1)  Tetap Menjaga Solat Lima Waktu dan Solat Jemaah
Bulan Ramadhan sungguh sangat berbeza dengan bulan-bulan lainnya. Orang yang dulu 
malas ke masjid mengerjakan solat lima waktu, di bulan Ramadhan begitu bersemangat 
melaksanakan amalan solat ini. Itulah di antara tanda dibukanya pintu syurga dan 
ditutupnya pintu neraka ketika itu. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila Ramadhan tiba, 
pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan pun dibelenggu.” (Hadis Riwayat 
Muslim) Keutamaan orang yang menjaga solat lima waktu berikut. Rasulullah
SAW bersabda,“Allah SWT berfirman, ‘Aku wajibkan bagi umatmu solat lima waktu. 
Aku berjanji pada diriku bahawa barangsiapa yang menjaganya pada waktunya, Aku akan 
memasukkannya ke dalam syurga. Adapun orang yang tidak menjaganya, maka aku 
tidak memiliki janji padanya’.”(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Solat berjemaah di masjid juga memiliki keutamaan yang sangat mulia dibanding solat 
sendirian. Rasulullah SAW bersabda, “Solat jemaah lebih utama dari solat sendirian 
sebanyak 27 darjat.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Antara kesemua waktu solat,solat Subuh merupakan solat yang paling berat dikerjakan 
oleh orang munafik sebagaimana sabda Nabi SAW: “Tidak ada solat yang paling berat 
dilakukan oleh orang munafik kecuali solat Subuh dan solat Isyak. Seandainya mereka 
mengetahui keutamaan keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun 
sambil merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Buraidah bin Al Hushoib Al Aslamiy berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW 
bersabda:“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah solat. 
Barangsiapameninggalkannya maka dia telah kafir.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, An 
Nasaai Dan Ibnu Majah)

2) Berpuasa Enam Hari di Bulan Syawal
Hendaklah di bulan Syawal ini, setiap muslim berusaha untuk menunaikan amalan yang 
satu ini iaitu berpuasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang 
sangat istimewa. Hal ini dapat dilihat dari sabda Rasulullah SAW dari Abu Ayyub Al 
Anshoriy, Baginda bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian 
berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (Hadis 
Riwayat Muslim)
Apa faedah melakukan puasa enam hari di bulan Syawal?
Ibnu Rajab radiallahuanhu menyebutkan beberapa faedah di antaranya:
a) Berpuasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan akan menyempurnakan 
ganjaran berpuasa setahun penuh.

b) Puasa Syawal dan puasa Syaaban seperti halnya solat rawatib qabliah dan ba’diah. 
Amalan sunnah seperti ini akan menyempurnakan kekurangan dan cacat yang ada dalam 
amalan wajib. Setiap orang pasti memiliki kekurangan dalam amalan wajib. Amalan 
sunnah inilah yang nanti akan menyempurnakannya.

c) Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan adalah tanda diterimanya amalan 
puasa Ramadhan. Kerana jika Allah Ta’ala menerima amalan hamba, maka Dia akan 
memberi taufik pada amalan soleh selanjutnya. Sebagaimana sebahagian salaf 
mengatakan, “Balasan dari amalan kebaikan adalah amalan kebaikan selanjutnya. 
Barangsiapa melaksanakan kebaikan lalu dia melanjutkan dengan kebaikan selanjutnya, 
maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama.

d) Kerana Allah telah memberi taufik dan menolong kita untuk melaksanakan puasa 
Ramadhan serta berjanji mengampuni dosa kita yang telah lalu, maka hendaklah kita 
mensyukuri hal ini dengan melaksanakan puasa setelah Ramadhan. Sebagaimana para 
salaf dahulu, setelah malam harinya melaksanakan solat malam, di siang harinya mereka 
berpuasa sebagai rasa syukur pada Allah atas taufik yang diberikan.

e) Lebih baik bagi seseorang yang masih memiliki qada’ (tanggungan) puasa Ramadhan 
untuk menunaikannya terlebih dahulu daripada melakukan puasa Syawal,Kerana tentu 
saja perkara yang wajib haruslah lebih diutamakan daripada perkara yang sunnah.
Walaubagaimanapun penggabungan kedua-dua ibadah ini dibenarkan.(kecuali kepada 
orang yang berbuka puasa tanpa sebab, maka dilarang gabungan tersebut) wallahua’lam..




p/s: arap lpas ramadhan ni... dpt la trus istiQamah  puase isnin khamis... ye?  insyaAllah.. ramai yg PUASA, TAPI tak SOLAT.. TAPI rasanya tak ada yang SOLAT sengaja x berPUASA. btul x? renung2kan... =)

Isnin, 13 Jun 2011

RINDU RamadhaN.... JoM JOIN!


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, sekali lagi ALLAH memberi peluang kepada kami untuk menjalankan program bersama masyarakat Putrajaya.

Insya'ALLAH, satu program akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Julai 2011 bersamaan 1 Syaaban 1432H
Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari

Program ini diadakan untuk mengembalikan semangat dan ruh bulan Ramadhan di samping menyediakan diri dan minda untuk menyambut ketibaan Ramadhan serta membudayakan pembacaan Al-Quran di kalangan masyarakat.

Ia adalah program untuk wanita sahaja... Tiada had umur. Kami menerima sesiapa sahaja, selagimana mereka adalah WANITA. (^_~). Juga terbuka kepada semua wanita yang berada di sekitar Putrajaya.

Sebarang pertanyaan dan untuk pendaftaran, boleh hubungi:
Cik Khadijah : 019-9138587 & Cik Asyikin : 013-2222589

Kami mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan sahabat sekalian.. Jangan lupa hebahkan kepada sahabat-sahabat yang lain ya..

Jumpa di sana.. Insya'ALLAH. (^_^)

Wassalam






P/S; jom ramai2 join... pnaskan enjin tok hadapi bulan ramadhan yg da xlama lg akan dtg menjengah kita.. =) 



Sabtu, 14 Mei 2011

Senarai Keperluan tok bakal Ibu, Mama, Mummy, Ummi, Mak ..

Jom cek tengok.. ape yg penting dan perlu untuk kite selain siap sedia mental dan fizikal sblom jadi ibu... =) 
                      
     nilah brg2 tu... katun @ ape2 tema.. ikot u all la... yer? mummy like pooh @ lebih kpd katun disney  yg comey2... =)


Barang-barang bayi :
1) Baju bayi
2) Sarung tangan dan kaki bayi
3) Selimut bayi
4) Lampin @ pampers 
5) Barut
6) Tuala 
7) Mandian bayi
8) Tab mandi bayi
9) Tilam @ toto bayi @bantal bayi
10) Katil (tak perlu sangat pon, takde pon xpe)
11) Kelambu bayi
12) Buaian
13) Minyak telon @ minyak bayi 
14) Beg mudah bawa barang-barang bayi
15) Kereta sorong bayi
16) Botol (bukan untuk susu formula ye... tok isi air masak )
17) Tisu basah
18) Pengorek telinga
19) Tuam @ tungku bayi

Barang-barang Ibu..

1) Pad ibu bersalin herba @ yg mana selesa
2) Pelapik coli @ pad susu
3) Coli @ baju dalam menyusu
4) Spender yg sesuai @ gelung pad ibu bersalin
5) Ubat-ubatan berpantang
6) Barut
7) Stokin
8) Tungku

Barang-barang Yang PERLU dibawa untuk ke HOSPITAL..

1) Baju bayi ~ 2,3 helai
2) Selimut bayi ~ 2 helai
3) Sarung kaki dan tangan 2,3pasang
4) Tuala 1, 2 helai
5) Lampin @ pampers
6) Minyak telon
7) Mandian bayi
8) Barut bayi 5,6 helai
9) Pengorek telinga (untuk cuci pusat)
10) Bantal bayi
11)Pad coli
12) Pad ibu herba @ ibu bersalin
13 Tuala ibu
14) Baju
15) Kain batik
16) Stokin
17) Spender @ seluar dalam @ gelung pad
18) Coli @ baju dalam menyusu
19) Selipar
20) Barut (bg yg bersalin normal, dah boleh stat pakai, yg xnak pon xpe..)
21) Sikat, bedak, sabun, syampoo, berus dan ubat gigi
22) Buku MERAH
23) Kad pengenalan ( IC )
24) Tisu basah



p/s: dok saje2 sambil senaraikan barang2 sendiri.. ape kate share kat blog skali la... yg mane ade x letak tu... tambah2 la ye.. ni dari list peribadi @ sendiri la... =) da lame xdpt baby gpon.. ingat2 lupa da.. hehe =P



Selamat Hari Ibuuu..... Happy Mother's Day... 10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu.. JOM SUSUkan BAYI kita.. =)

:




Mitos ~ 1:  Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta ~1:    Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan

.
Mitos ~2:  Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta ~2:  Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.



Mitos ~3:  Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta ~3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.


Mitos ~4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta ~4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.


Mitos ~5:  Payudara kecil, susu kurang.
Fakta ~5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.



Mitos ~6:  Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta ~6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.


Mitos ~7:  Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu                                   perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta ~7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.


Mitos ~8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta ~8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.



Mitos ~9:  Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta ~9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.


Mitos ~10:  Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta ~10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.


p/s: dah taw mitos dan faktanya.. Jom susukan bayi kite... =) nape nk bersusah payah abehkan dwet tok bli susu formula... ? sdangkan susu kita lebih dari sgalanya... susukan anak adalah 1 PENGALAMAN TERINDAH...  xcaye? ce cube... ngeeeeee~

Buku untuk anak2.. ~ Ayat2 CINTA untuk Anak2... =)






p/s: memang menarik... bahan bacaan BERSAMA anak2.. saiz yg  mudah dibawa kemana2...  RM14.00

Buku untuk Anak2... 101 Akhlak Rasulullah...






p/s: menarik... jadikan bahan bacaan BERSAMA anak2...  RM32.00


Rabu, 27 April 2011

10 Tokoh Idola MUSLIMAH...





 10 Tokoh Idola MUSLIMAH y diketengahkan dlm buku ini mampu memberikan impak besar kpd kita yg ketandusan tokoh2 y dpt memenuhi kriteria sbagai srikandi yg CEMERLANG dlm segenap segi. Setiap seorang tokoh dirungkai dgn TERPERINCI merangkumi sejarah hidup, kaitan kisah dgn kehidupan masa kini serta kisah INSPIRASI yg boleh dijadikan MOTIVASI penhias peribadi. Jadikan tokoh2 ini sbagai inspirasi dlm mentarbiah anak bangsa yg berjiwa besar menjadi pemangkin kpd generasi akn dtg... Justeru, penting bg kita menyoroti KISAH HIDUP, KEHEBATAN, TITIK TOLAK KEJAYAAN, dan RAHSIA besarnya JIWA mereka dlm meraih KEUNGGULAN drpd segi PERIBADI, SAHSIAH, PERWATAKAN, dan sbgnya.. 

p/s: mmg best buku ni.. xmahal pon.. rm13.oo je. sume mampu milikinye.. =)

Khamis, 14 April 2011

Percubaan PERTAMA-ku menjadi... heh heh...

Nielah kuihnya... dikenali dgn kuih loyang @ kuih ros..
kuih TRADISIONAL tu..  ngeh3..


    Ehem3... sodap jugak den buat... (prasan, tp btol la) haha.. Hanya dgn 1 pggilan ke rumah my makngah.. mintak bahan2nya. akhirnya leh jgak mkn hasil ayaQ tangan sendiri na... hehe.. wlupon sukatannye aku hentam sndri, dan main rasa je. Maklumla... tera @ ketegri ala2 chef gitu. hehe...Tringat kecik2 dlu.. adoi, time nak raya la salunya.. kalot la dok betenggek kat dapoQ.. sebok nk tolong.. + mengacau. Tp xpenah taw pon ape ramuannye.. yg taw tlg celup dan goyangkan nye.. hehe.. syok sgt..! Baru niii la taw yg bhan2nya xlah susah pon.. huh! sonang baitu.. heheh.. 

   Kalau la taw senang, dah lame wat menega time raya... (rajin sgt la yer) haha.. tp, sapa nk tempah pasni bleh la.. ye? haha..  Asalnye, my syayang la.. bli.. tetibe cam sodap je mkn time lepak,lepaking... tu kuar je niat nk bli acuan. bile da bli acuan... dok bosan2 trus wat bile bahan2 da ready.. hehe.. syok gak, tp acuan baru, biase ah.. mule2 nk putus asa der... asek lekat xmo kuaq. Dalame2 ckit baru ok.. pergh! lega... naik balik smangat. wawawa... =)



p/s: bosan2 je asek dok wat mkn.. xkira lg yg mknan berat2.. datu? mau KG x dok naik?huh! finin...finin. =P

Koleksi buku terbaru syaye... =)




Mendidik Anak Perempuan



p/s: jom mambaca.. tambah ilmu masa lapang...

Jumaat, 25 Februari 2011

Bismillah~




BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ‘BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM’ yang bermaksud ‘Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..’
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. ‘BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ‘ (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.












p/s: Bismillahirrohmanirrohim...
Mudah, simple, pendek, tp kita pndg remeh..
tahu, tp x amalkan.... kan? jom mulakan skrg... =)
nk pegang penyapu, bismillah, nk pegang cawan, bismillah, nk pegang pen, bismillah...
sumeeeeeeeeeeenye Bismillah...  =)