"Inginkan mutiara selamilah lautan..., Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..., Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..., Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 Kemanisan................."

ahlan wasahlan

JOM p kedai on9 PUTRIDMUMMY
http://dsuriabeautycollection.blogspot.com/

Sabtu, 4 September 2010

LAGU GHAYA.... SeLaMaT HaGhI GhaYa SmuA...







       ~19 HADITH MENGENAI WANITA~




1. Doa perempuan lebih makbul daripadalelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawabBaginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



2. Apabila seseorang perempuanmengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikatuntuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan



3. Apabila seseorang perempuan mulaisakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahalaorang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur danmemelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahalaseperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allahs.w.t.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anakperempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis keranatakutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akandiharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barangmakanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, makapahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuandaripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuanseolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminyadalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurgalebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang limawaktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akansuaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepadaRasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadaplelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, mataharidan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepadasuaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepadasuaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintusyurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidakdihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anakperempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau duasaudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan merekadan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapayang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuatbaik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginyadaripada api neraka."

 
 
 
 
 
p/s:  bertuahnya kita..... kan? moga kita menjadi @ sentiasa berUSAHA mnjadi WANITA SOLEHAH..