"Inginkan mutiara selamilah lautan..., Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..., Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..., Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 Kemanisan................."

ahlan wasahlan

JOM p kedai on9 PUTRIDMUMMY
http://dsuriabeautycollection.blogspot.com/

Khamis, 28 Januari 2010

MeH KitE SaNtAi2... xNak GeLak, SeNyuM pon xPe da....





Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'

Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya,
'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

sumber; bujangsusah

Khamis, 21 Januari 2010

IsTiMeWaNyA WaNitA.......


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi
Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.




sumber:rahsiaperkahwinan

akHLak, pErBuAtAN BaiK, 'auto-pilot'


Akhlak berasal daripada bahasa Arab `Khuluq' yang membawa kaitan dengan pekerti, tingkah laku dan perangai.

Dalam Islam, akhlak berkait rapat dengan nilai yang dihubungkan dengan ajaran Al-Quran dan sunah Nabi Muhammad S.A.W.

Selagi sesuatu perbuatan itu tidak bercanggah dengan kedua-dua sumber hukum tertinggi itu, maka ianya termasuk dalam perbincangan akhlak.

Imam Al-Ghazali mendifinisikan akhlak sebagai 'satu tindakan atau perbuatan yang terbit daripada diri secara berterusan, dan perbuatan itu lahir dengan mudah tanpa memerlukan kepada proses berfikir'.

Manakala Sheikh Dr. Fathi Yakan dalam sebuah buku karangannya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Islam, meletakkan 'akhlak yang mulia itu adalah objektif paling utama Islam' sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh baginda Rasulullah S.A.W melalui sabdanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

Perjalanan hidup seorang muslim belum sampai ke matlamat jika gagal menjadi seorang yang berakhlak.

Biarpun dia berakidah dengan akidah Islam, beribadah dengan Ibadah Islam namun ianya masih belum sempurna tanpa satu lagi aspek iaitu akhlak Islam itu sendiri.

Untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali dalam pendifinisian beliau tentang akhlak, mari kita melihat kepada dua situasi berikut.

Situasi pertama:

Ahmad ditakdirkan terserempak dengan seorang peminta sedekah ketika berjalan menuju ke stesen komuter lantas terdetik dihatinya untuk memberikan wang kepada peminta sedekah itu.

Dia kemudiannya menyedari yang dia hanya memiliki sekeping RM10 dan memerlukan separuh dari jumlah itu untuk tambang pulang ke rumah.

Setelah berfikir tentang jumlah yang wajar disumbangkan, akhirnya dia menghulurkan wang RM10 tersebut kepada peminta sedekah dan meminta dikembalikan semula RM5 kepadanya.


Situasi kedua:

Azman seorang pramugara kepada sebuah syarikat penerbangan.

Mengikut profesyen dan etika kerja syarikat, Azman dikehendaki mengukir senyuman kepada setiap penumpang di dalam penerbangan bersamanya.

Sikap Azman itu bagaimanapun berbeza bila pulang ke rumah.

Senyuman sama jarang-jarang diberikan kepada anak dan isterinya.



Setiap manusia mempunya banyak sebab untuk berbuat kebaikan.

Namun perlu difahami bahawa tidak semua di antara kebaikan yang dilakukan itu boleh dikategorikan sebagai akhlak, mengapa?

Mari kita fahami dari kedua-dua situasi yang dikemukakan di atas tadi.

Pada situasi pertama, secara amnya Ahmad telah melakukan kebaikan kerana memberikan sumbangan kepada seorang insan yang memerlukan bantuan iaitu peminta sedekah tersebut.

Namun jika diteliti dengan lebih cermat, perlakuan baik Ahmad itu belum dapat dikategorikan sebagai berakhlak kerana Ahmad masih menggunakan proses pemikiran untuk menentukan jumlah yang mahu diberikan kepada peminta sedekah tersebut.

Sedangkan dalam pengertian akhlak itu menyebut 'perbuatan itu lahir dengan mudah tanpa memerlukan kepada proses berfikir'.

Pada situasi kedua pula, tindakan senyum Azman sewaktu menjalankan tugas itu merupakan satu perbuatan yang baik, apatah lagi ianya sesuatu perbuatan yang dituntut oleh Islam malah dikira sebagai sedekah.

Namun melihat kepada sikap berbeza Azman di tempat kerja dan di rumah, maka senyumannya ketika melayan penumpang belum boleh dikategorikan sebagai berakhlak.

Ia kerana perbuatan senyum Azman itu dilakukan atas dasar etika kerja dan bukan terbit dari diri sendiri tanpa memerlukan proses berfikir.

Secara kesimpulannya, akhlak adalah perbuatan baik (tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Sunah), yang dilakukan tanpa syarat.

Atau dengan kata lain, perbuatan baik yang 'auto-pilot'.

sumber:tazkirah

Rabu, 20 Januari 2010

IkLaN coke HINA ISLAM...




بسم الله الرحمن الرحيم




Gambar diatas ialah iklan yang ditayangkan di eropah. Perhatikan betul-betul, secara kasar, ia nampak seperti botol coke yang tersusun, tetapi realitinya ia adalah orang yang sedang sujud dan memakai kopiah bertulis coke. Ini semua adalah kerja yahudi bangsat. Ayuh,..jom kita boikot coke.. - sumber

Sabtu, 16 Januari 2010

Keluarga Sakinah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam,

saya teringat satu kata2 seorang tua kepada saya bahawa rosaknya seseorang anak semuanya adalah disebabkan perbuatan ibubapanya sendiri. kemudian saya bertanya: tidakkah pengaruh luar rumah sangat menakutkan sekarang ini. inilah yang banyak mempengaruhi tumbesaran mereka? namun dia membalas dengan kata-kata: sesungguhnya ibubapanya lah yang membentuk ketahanan jiwa anaknya dalam berhadapan mehnah di luar sana.

ramai ibubapa mengatakan bahawa mereka telah berusaha mendidik anak2 mereka dengan baik dan tidak pernah mengajar anak2nya melakukan sebarang kejahatan. tetapi, tanpa sedari mereka jarang sekali membimbing anak2 bagaimana untuk berhadapan dengan cabaran dan dugaan hidup sebenar. sebenarnya, kebanyakan mereka mengajar anak secara "spontan", apa yang berlaku pada hari itu, itulah yang ditegurnya - itu sahaja!

soal kesuntukan masa bukan perkara utama. paling penting, bagaimana kita menggunakan masa berkualiti bersama anak2. ada anak2 yang cukup rapat dengan ibubapanya walhal ibubapanya sering keluar bekerja siang dan malam. antara cara yang digunakan ialah memberi perhatian akan kewujudan anak2 tatkala bersama walaupun sebentar. menyorokkan rasa penat (melayan karenah anak2) dan luangkan masa berbincang dengan anak2 walaupun ketika itu kita sibuk melakukan sesuatu kerja (contohnya semasa memasak atau menguruskan anak yg masih kecil) - iaitu buat kerja 2 in 1.

kadang2 bagus juga jika kita (saja2) bertanya pendapat anak2 tentang kerja kita di ofis. tujuannya agar mereka lebih memahami ibubapa - dgn anak sekecil 4 tahun pun boleh (tetapi pandai2lah kita memilih isunya).

satu lagi yang amat penting tetapi cukup jarang dilakukan oleh ibubapa terhadap anak2 remaja ialah belaian dan sentuhan. sebenarnya, sentuhan mempunyai kesan yang cukup mujarab dalam memberi ketenangan dan kepercayaan dalam diri anak2. walau sesibuk manapun kita, berilah pelukan atau sentuhan kepada anak2 setiap hari terutamanya diperingkat anak2 sedang meningkat remaja. Golongan bapa pun digalakkan melakukan perkara yang sama. jangan sekadar mengharapkan isterinya sahaja. mungkin kaum bapa boleh sekadar peluk2 bahu anak lelakinya (berjalan sambil membahu) atau membiasakan anak perempuan lentok di kepala lutut si bapa semasa duduk di kerusi - ini sekadar pandangan saya sahaja; kesan daripada melihat kejayaan ibubapa lain merapatkan diri anak2 kepada mereka.

Rasulullah sendiri pun pernah mengingatkan seorang lelaki bahawa betapa ruginya apabila dia (lelaki itu) tidak pernah menyentuh anak2nya dengan belaian kasih sayang. malah, petua ini sesuai juga digunakan oleh guru2 perempuan kepada pelajar2 perempuannya (begitu juga sebaliknya untuk guru2 lelaki).

saya sendiri ada cuba mengeksperimenkanny a kepada anak2 murid di sekolah (sek. menengah). mmg kesannya berbeza, walaupun sesekali sahaja saya memeluk bahu mereka, cubit semasa bergurau senda, gosok2 lengan mereka, betul2kan tudung mereka. pelajar2 tahun itulah yang rapat dengan saya. sebenarnya, saya tak biasa buat semua ini. ttp melihat kesan yang memberangsangkan ini, nampaknya saya kena berusaha mendidik diri saya lagi agar kekal melakukannya pada tahun ini pula.

Khamis, 14 Januari 2010

HiNaKaH MISKIN??????????


بسم الله الرحمن الرحيم

MENCARI SEMULA ERTI KEMISKINAN


Terbukti bahawa Islam tidak membenci kemiskinan kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur positif dan istimewa.

Keadaan sedemikian membawa kita kepada satu persoalan penting. Kalau telah terbukti ada nas-nas yang tidak menolak malah cenderung kepada kemiskinan, wajibkah kita sekarang habis-habisan mahu perangi dan membunuh kemiskinan?

Hidup dalam keadaan kaya harta atau miskin harta adalah merupakan pilihan individu, asal saja jiwanya kaya. Namun begitu, kalau pun individu memilih untuk hidup dalam keadaan miskin harta, tetapi kerajaan, organisasi dan ummah Islam mesti tetap kaya harta dan kuat ekonominya. Ini mesti ditunjangi dengan kekayaan jiwa seluruh ahli masyarakatnya. Demikianlah kerajaan, organisasi dan ummah Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafah-ur-Rashidin.


Hadith-hadith Rasulullah berkenaan kemiskinan.


1) Pertama, kemiskinan merupakan perkara yang sentiasa didoakan oleh Rasulullah s.a.w. Hal ini dibuktikan dengan doa-doa Baginda yang berikut: "Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin dan matikanlah aku dalam keadaan miskin”


.2) Juga Doa Rasullullah yg berbunyi, "Wahai Allah Tuhanku, hidupkanlah aku miskin, matikanlah aku miskin, dan kumpulkanlah aku (di padang mashsyar) dalam golongan orang-orang miskin”


3) Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata: "Hai manusia, jangan sampai kesukaran itu mendorong kamu untuk mencari rezeki dari yang haram sebab aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, matikan aku sebagai orang fakir miskin, dan jangan dimatikan aku kaya, dan kumpulkan aku dimashsyar dalam rombongan orang-orang miskin pada hari qiamat, maka sesungguhnya yang amat rugi ialah orang yang miskin di dunia dan tersiksa di akhirat".


4) Malah sebelum Rasulullah s.a.w. pun, ada Nabi-Nabi yang gemar kepada kemiskinan. Imam Ghazali (1980, Jil.7:152) menceritakan bahawa Nabi Isa a.s. bersabda: "Bahawa aku lebih mencintai kemiskinan dan memarahi kenikmatan". Nabi Isa a.s. paling suka apabila Baginda dipanggil "Hai orang miskin!".


5) Kedua, kemiskinan merupakan syi'ar atau lambang orang-orang soleh dan solehah. Imam Ghazali (1980 Jilid 7:149) misalnya berkata: "Ka'bul-ahbar berkata: "Allah SWT berfirman kepada Musa a.s.: "Hai Musa! Apabila engkau melihat kefakiran itu menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Selamat datang kepada syi`ar orang-orang yang soleh".


6) Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda: "Apabila engkau melihat kefakiran datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Selamat datang kepada lambang orang-orang soleh. Dan apabila engkau melihat kekayaan datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Dosa yang disegerakan siksaannya”


7) Kemiskinan merupakan sebab untuk mendapat kasih sayang Allah SWT. Misalnya Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para Nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran kemiskinan".


Nabi Musa a.s. bertanya kepada Tuhan: "Hai Tuhanku, siapakah kekasihMu dari makhlukMu, sehingga aku cintai mereka keranaMu?". Maka Allah SWT berfirman: "Setiap orang fakir" (Imam Ghazali, 1980, Jil.7:152).


Abul-Laits Assamarqandi (1978) meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Orang-orang faqir mengutus utusan mereka kepada Rasulullah s.a.w. maka berkata: "Ya Rasulullah, saya utusan orang-orang faqir kepadamu.


Jawab Nabi s.a.w.: Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang mengutusmu, engkau datang dari orang-orang yang dicinta oleh Allah. Utusan itu berkata: Ya Rasulullah, orang-orang miskin berkata: Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji dan kami tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka mengirim wang untuk tabungan mereka.


Rasulullah s.a.w. bersabda: Sampaikan kepada orang faqir daripadaku: Bahawa siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah. Maka ia akan mendapat tiga macam yang tidak bisa didapat oleh orang-orang yang kaya-kaya.


a)Pertama, di dalam syurga ada kamar dari yaqut yang merah, orang-orang syurga melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang di langit, tidak dapat masuk ke situ kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mu'min yang faqir.


b)Kedua, orang faqir akan masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekeira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas leluasa, dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk sesudah Nabi-Nabi yang lainnya sekira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah kepadanya.


c)Ketiga, jika seseorang faqir membaca: Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah wallahu akhbar dengan tulus ikhlas, dan orang kaya membaca itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang faqir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya. Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang faqir apa yang disabdakan Nabi s.a.w. itu kepada mereka. Maka mereka berkata: Kami redha ya Tuhan, kami puas ya Tuhan".


9) Allah SWT juga ada berfirman: "Telah dihiaskan kepada manusia oleh kecintaan kepada yang menarik seperti wanita, anak, emas dan perak yang berkintal-kintal, kuda yang bagus, binatang ternak dan sawah ladang. Semua itu perhiasan hidup dunia, tetapi Allah mempunyai tempat kembali yang baik. Katakanlah, mahukah Aku tunjukkan kepadamu keadaan yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang yang berbakti, di sisi Tuhannya akan mendapat syurga-syurga yang mengalir dari bawahnya sungei-sungei, mereka kekal padanya, dengan mendapat jodoh-jodoh yang suci dan keredhaan dari Allah" (Surah Ali-Imran 3:14-15).


10) "Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Aku berdiri dipintu syurga, maka aku dapati kebanyakan orang yang memasukinya adalah daripada kalangan orang miskin; sedangkan orang-orang yang kaya tertahan."- Sahih Muslim - no: 2736


11) "Berdoa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Ya Allah, hidupkanlah aku dalam kemiskinan, matikanlah aku dalam kemiskinan dan kumpulkanlah aku (pada Hari Kiamat kelak) dalam golongan orang yang miskin" - Ibn Majah 4125


12) Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". - H.R. Termizi


13) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Celakalah hamba dinar dan dirham. - Sahih al-Bukhari - no: 6435


14) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam: Sesungguhnya setiap umat ada fitnah, dan fitnah bagi umat aku adalah harta - Sahih - no: 592


15) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Tidaklah dua ekor serigala yang dilepaskan kepada seekor kambing akan lebih daripada ketamakan seorang manusia terhadap harta dan kehormatan dirinya, dalam merosakkan agamanya. - al-Tirmizi.


KESIMPULAN


Keseluruhan perbincangan di atas membawa kita kepada kesimpulan bahawa kemiskinan bukanlah bersifat satu dimensi dan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kepada ukuran material semata-mata. Atas sebab itu kemiskinan bukanlah sesuatu yang tersangat keji hingga ianya mesti dimusuhi dan diperangi habis-habisan. Yang perlu diperangi dan dibasmi habis-habisan ialah kemiskinan jiwa, kemiskinan iman dan taqwa.

Atas sebab itu, erti kemiskinan menjadi berbeza dari erti kemiskinan konvensional manakala kedudukan kemiskinan dalam pembangunan juga adalah berbeza dari yang ditanggapi selama ini. Dengan ini, pembangunan tidak semestinya bererti penghapusan kemiskinan dan peningkatan harta kekayaan di peringkat individu.

Sesebuah negara boleh membangun walau masih ada kemiskinan harta individu asal sahaja jiwa masyarakatnya kaya raya. Begitu juga, sesebuah negara akan jadi lebih cemerlang seperti zaman pemerintahan Saiyidina Umar bin Abdul Aziz sehingga tiada penduduknya yang mahu menerima zakat) apabila masyarakatnya bukan sahaja kaya jiwa, tetapi juga kaya harta.

Sebaliknya, sesebuah negara tidak boleh dianggap sebagai membangun walaupun kaya raya harta kalau masyarakatnya miskin jiwa. Apatah lagi kalau mereka miskin harta dan juga miskin jiwa.

Dalam konteks ini, Imam al-Ghazali (1980 Jilid 5:100) mengingatkan: "Miskin dan kaya itu adalah dua keadaan yang mendatangkan percubaan dan ujian....Maka tidaklah harta itu baik semata-mata dan tidaklah harta itu jahat semata-mata. Akan tetapi, harta itu sebab bagi dua hal tersebut keseluruhannya...harta itu alat dan jalan kepada maksud yang sah. Dan dapat pula diambil menjadi alat dan jalan kepada maksud-maksud yang bathil, iaitu maksud-maksud yang mencegah dari kebahagiaan akhirat dan menghalang jalan ilmu dan amal...Jadi harta itu terpuji dan tercela...Maka siapa yang mengambil dari dunia lebih banyak daripada yang memadai baginya, maka ia telah mengambilkebinasaannya".

Jalan yang paling selamat ialah berpegang kepada firman Allah SWT yang mempunyai makna berikut: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengatakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Surah Ath-Thalaaq 65:2-3)


p/s: Hinakah kemiskinan itu ?


Sekian..Wassallam..


sumber:bujangsusah

Isnin, 11 Januari 2010

KoNvEnSyEn NISA' WP... ( Bidadari Cemburu Padamu...)






Assalamualaikum..... lame btol x masuk blog ni...ye? ape kabar sume....?

Semalam, Ahad (10/01/10), nisa' wilayah persekutuan telah mengadakan Konvensyen Nisa' WP yang bertempat di Anjung Rahmat, Gombak.

Ana juge x melepaskan peluang untuk same-same hadir ke sana bersame sahabat2, yela.... wakil dr kwsan putrajaya la.... :-) Maaf la ye.... janji nak pegi same2.. tp last minit x leh... tp jumpe juge disana....:-P

Sampai2 je mest la nak daftar dlu.... ye x? Pas mkn2 br msuk dewan... erm... Alhamdulillah... program dimulakan dengan alunan asma ul-husna beramai2 dan doa. Ucapan aluan pengarah program, kak vios kite... he,he.... Pastu tayangan slide show organisasi dan sebagainya... then, semestinye ucapan Ketua Nisa' WP la.... kak fiza kite.... ye dak? moga Nisa' akan mantap lagi.. InsyaAllah... Ustazah Nuridah sebagai ketua dewan muslimat juga sempat menyampaikan sedikit amanat buat semua Nisa' yang hadir. TQ ustazah... kerana dengan kesibukan jadual yang padat, dpt bersama kami wlu sekejap... :-) Alhamdulillah... penganugerahan kad ahli kepada yang berdaftar juge telah disempurnakan.... putrajaya 2 gimik je 2... semua yg ana dapat 2, orang punye... ha,haaaaaaaaaaaaaa. xpe, xpe.... pasni kite bg dpt byk mcm 2... ye?


da sume ngantuk2, ade la halwa tlinge... lagu badarsila dato' ct di dendangkan... :-) dan yang paling penting pastu... adelah... TALKSHOW la.. yang hangat 2....


Yang bertajuk 'Bidadari Cemburu Padamu' ha.... ana nak share ckit ape yg ana ingat ttg ape di lontarkan oleh ahli2 panel kite... iaitu Dr Rosni, dan Ustzah kak cik tentang tajuk kite 2...


Bidadari 2 sendiri... terlalu indah, cantik, yang x terbayang oleh kite... andai 1 jari(telunjuk) die pun dihulurkan di alam ini... semua di alam ni akan terhenti.. bayangkan... cantik x cantik....


Nak x kite jd bidadari??? Mesti semuanye nak.. kan? kalau nak... kite mesti ada ciri2 untuk nak jd bidadari 2... btol x? k...


ciri-ciri bidadari:

1)Menjadi perhiasan..

2)memiliki kesabaran & keteguhan..

3)menjaga kehormatan diri..

4)lemah lembut, pandai memujuk, tapi kental..

5)sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurna




Namun didalam surah al-Ahzab ayat 35, juga diterangkan ciri2 bidadari:




1)Muslimah

2)Mukminah

3)Taat

4)Orang yang benar

5)Sabar

6)kusyu'

7)Rajin bersedekah

8)Rajin berpuasa
9)menjaga kehormatan

10)Banyak mengingati Allah

Apepun.... nak jd bidadari, bukanlah mudah.. semestinya ade halangan juge... halangan dari segi dalaman dan juge luaran.... EMOSI, kite kene jaga emosi kite.. kerana, bile emosi da menguasai, akal da tak berfungsi.. btol x? CINTA, cintakan sesama manusia, kekasih, harta, (dunia) lebih dari mencintai akhirat.. sesungguhnya, cintakan dunia, kasih manusia tidak kekal... Hanya dengan MENTAL, KEYAKINAN, TAWAKAL dan DALAMAN yang kuat dan tidak menjadikan kita orang yang fasik mampu membuka ruang untuk kita menjadi bidadari.... Sesungguhnya.. jalan untuk sampai menjadi bidadari itu bukanlah mudah, sangat susah dan sentiasa diuji... Namun ada tips-tips untuk kite trus berusaha untuk menjadi bidadari... InsyaAllah...
Tips-tipsnye:




1)Buat baik dengan orang buat jahat dengan kite..

2)Mendoakan orang yang kite dengki/cemburu

3)Sabar diatas kesakit


Kite juge mesti jaga dan ada 5s ni...

1)Sedia
2)Sabar

3)Selalu tasbih

4)Selia nafsu dengan baik

5)Solat....




Last sekali... janganlah kite ikut nafsu, kerana nafsu lah peruntuh segala2nye . Pujuk la nafsu agar kite jd hamba yang Taat dan di dipermudahkan jalan untuk kite semua mnjadi BIDADARI...


InsyaAllah.... Kite mestilah sentiasa berubah, cara pandangan kite, pemikiran kite... fikir positif dalam semual hal... andai kita pk masalah, maasalah la jadinye... pk ujian yang didatangkan dari Allah s.w.t.... Insyaallah.. sesungguhnye semua yang baik dan buruk itu dari Allah. Dengan penuh keyakinan, kesungguhan,azam, kita mampu melakukannya.. insyaAllah. DOA.... paling penting, adalah... SENTIASA BERDOA...


Ana rase sampai disini dulu perkongsian ana dengan sahabat2 sume... ye? jumpe lagi.... :-)




Ahad, 3 Januari 2010

MaNfaaT BeRsaNgKa BaiK...



Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan.

Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka). Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6.

Manfaat Berbaik Sangka
Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.
1)Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.
2)Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

3)Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.

Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.
Ruginya Berburuk Sangka
Manakala jika kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
1)Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.

2) Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah:
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi.

3)Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda:

"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari.



Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah.

Disamping itu, bila ada benih-benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka. Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan:


"Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."


Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka). Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.


"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah"








sumber: iluvislam

Jumaat, 1 Januari 2010

GeRHaNa BuLaN SePaRa, 1 JAN 2010





Pada awal pagi 1Jan 2010 ini, Bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.
Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.
Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!
Seperti biasa laman web http://shadowandsubstance.com/telah menyediakan animasi gerhana seperti tertera di sebelah



sumber: www.falakonline.net

xpdc "HEPI NEW YEAR" d PuTraJaYa..





010110(jumaat) Alhamdulillah.... syukur, akhirnye kite berjaya melangkah ke taun 2010.. cantik angkanye... kan? Namun, adakah secantik akhlak kite dalam keriuhan meraikannye pd lewat malam semalam? Walaupun begitu, dengan kesibukan rutin harian dan xtvt akhir taun, ana dan sahabat2, terutama nisa' putrajaya berjaya bersame2 bergabung tenage untuk xpdc sempena "HAPPY NEW YEAR"....
Bukan kerane nakkan publisiti... tapi kerana rase tanggungjawab dan ingin berkongsi untuk melakukan kebaikan, dan pastinya mengajak lebih ramai lagi remaja2 dan saudara seislam kite memulakan azam dan melangkah ke taun yang baru dengan semangat dan amalan2 yang lebih di redhai Allah, insyaAllah...
Alhamdulillah, kami dapat jalankan di 2 tempat tumpuan d putrajaya... yang mana group ana diamanahkan untuk sekitar kawasan masjid putrajaya.. manakala, 1 group lagi.. berkumpul d masjid besi putrajaya.. Rase puas ati jugak la... sebab yang mane ade, kite nampak semuanye ade pemplet ditangan.... of coz sasaran kite REMAJA khasnye..

Mungkin bukanlah 100% akan berubah dengan bacanye pemplet2 yang kite edarkan... tp mungkin tercuit juge perasaan dengan teguran dan panduan yang kite berikan.... Dengan doa yang berpanjangan... usaha yang berterusan... InsyaAllah... xkan sia2.. kan sahabat sume...! Dengan adenye juge laman blog kite d pemplet 2... moga dibukakan ati, untuk dorang ambil mase membukenye...... kan? same2 kite doakan... moga lagi bertambahlah pengunjung dan ahli jemaah kite... :-) insyaAllah...
Ana hepi sebab ramai juge remaje yang berikan respon yang positif... malah seronok dengar ana cerite bab nisa' ni... arap2 terbuke la ati untuk join kite... :-) Malah xkurang juge yang pandang sinis dan xnak amik pon pemplet yang kite bagi.... (walaupon FREE). Biasalah... adat... kan? apepon... sifat SABAR kan dituntut.... so? sabar jela... he,he..... so, ape azam sahabat2 ana sume? ape? ana dulu.....? owh... ana rahsie...ha,ha....

K... kite jumpe lagi di lain xtvt.. ya? akhir kata... renung2kan..


"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna, jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan"