"Inginkan mutiara selamilah lautan..., Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..., Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..., Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 Kemanisan................."

ahlan wasahlan

JOM p kedai on9 PUTRIDMUMMY
http://dsuriabeautycollection.blogspot.com/

Rabu, 30 Disember 2009

HePi BeSdaY bathriesyia & damieya....





27(ahad) akhirnye berjaye juge wat jamuan kesyukuran sempena besday putri 2orang ni.. dengan mase dan tenaga limited.. Alhamdulillah... sekejap je pejam celik, pejam celik, bathriesyia putri nadyra da masuk 5taun, damieya putri maisara plak da 3taun... jap je, kan? kadang tak terase, lagi setaun 2, da skolah rendah, pas2 menengah, pas2 kolej U... then kawin.. kan? :-)

Alhamdulillah... dengan jamuan yang serba sederhana, dapat rasekan kemeriahan dan keseronokan 2orang putri ni.. hepi aje... xcited.. lau semua yang dijemput hadir, laaaaaaaagi best dan meriah! Tapi apekan daya, kita hanya mampu merancang, tapi Allah(maha besar, maha berkuasa) menetukan.. ramai yang sms last minit, tengah tamu menjamu selera, katanya tak dapat nak hadir dengan alasan tersendiri, dan minta maaf banyak2... ape nak dikate.. cukup la sekadar yang mana sudi hadir. Ana ucapkan trima kasih ye pada yang sudi luangkan masa hadir untuk meriahkan majlis anak2...

Apepun terutama sekali nak ucapkan trima kasih pada sponser dan atas bantuan masak (baba putri), sahabat2 yang datang awal untuk bantu, of coz my adeq2 yang datang bantu dari a-z.. thanks ya? tanpa anda sume ana pasti kepenatan keseoranagan... yela, penat lawan bowling smalam pon x abis g.. he,he.... (cam juara..:-p)

Pada siapa yang datang bawakan adiah pada putri2 2, trime kasih sangat2... dorang memang suke n xcited sangat.. thanks sangat2.. taun depan leh bagi lagi... he,he... :-) Tapi jangan takut plak nak datang jemputan... sebab takut kene bagi adiah... k? kite gurau2 aje.. bagi xpe, xbagi pon x kate apela... yang penting datang ramai2 meriahkan majlis dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita. insyaAllah... ana hepi sangat lau tamu datang lagi ramai.. insyaAllah, andai ada rezki dan umo panjang, kite jumpe lagi taun depan dengan jamuan dan open house lagi. Ya? jangan x datang, k? salam maal hijrah dan taun baru... moga azam kite lebih kepada kebaikan.. takbir!

Sabtu, 26 Disember 2009

LaWaN BoWliNg d AlaMaNda......







Lame btol x main bowling.... arini br la nk pgg bola n trus lawan konon2... skill yang mne ade dlu2 pun abis da.... he,he... xdela msuk longkang sume.. tp ade la jgk ;-). seronok juge ramai2 ngan sahabat2 main bohong2.... he,he.... kitorang juge wakil bg group nisa' putrajaya. sahabat2 yang lain tak dapat nak join sbb ade komitmen lain... lau lagi ramai, maunye lagi gempak n best.
Jadi kitorang bertiga jela wakil.. nmpak muke2 terer main tak? he,he... terer... sebab tu la semua hadiah dimenangi oleh muslimin aje...almaklumla, lelaki kan gagah perkasa dan pnuh skil katekan. Jelez je tgk dorang waklik adiah n piala. ;-(
Tapi takpe.. niat main pun nak sronok2 riadah n enjoy je.. lau menang, Alhamdulillah....... x menang pun xpe. Tapi memang best la... insyaAllah, taun depan ade lagi.. dan la kot nak praktis, hwa,hwa,hwa.... sape2 yang nak join boley la bagi name ye? promote2....
dengan adenye xtvt macam ni... merapatkan lagi ukhwah antara satu sama lain... Alhamdulillah juga syukur, kerana sepanjang perlawanan berlangsung, tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Cuma ada yang tergelincir kerana tidak biasa @ tidak pernah main. tp memang menarik, kerana itulah akan menjadi kenangan... btol tak? ade yang membawa anak2, anak2 juga turut mencuba... mungkin lepas ni, bagi mereka yang belum pernah main, bile dah cube ni.. boleh jadikan xtvt riadah keluarga pada setiap ujung minggu pula,..

Muhasabah Diri



Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:


Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).


Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?


Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:


Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).

To Late For Tears


Death knocked on the bedroom door..

“Who is there?” The sleeping one cried.

“I’m angel Izrael, let me inside”. At once, the man began to shiver as one sweating in deadly fever.

He shouted to his wife, “Don’t let the Angel take my life. Oh Angel of Death, I’m not ready yet My family,depend on me. Give me a chance to go back and mend”

The Angel knocked again..

“ Oh man, It’s your soul that I required, I come not with my own desire.”

Bewildered, the man began to cry. “Oh Angel, I’m so afraid to die, Let me remain here as your slave, Don’t send me to the grave.”

“Let me in, Oh man” the Angel said.

“Open the door, Get up from your bed. You can’t stop me from coming in, Angels can go through objects, thick and thin.”

The man held a gun in his right hand and ready to defy the Angel’s stand.

“I’ll my gun towards your head. If you dare to come in, I’ll shoot you dead.”

By now, the Angle was in the room, Saying, “Oh man,prepare for your doom, Foolish man – Angels never die. Put your gun and do not sigh. Why are you afraid? Tell me Oh man. To die according to Allah’s plan?”

“Oh Angel, I bow my head in shame, I had no time to remember Allah’s name. From dawn till dusk, I made my wealth, Not even caring for my spiritual health. Allah’s commands I never obeyed, Nor five times a day I ever prayed. A Ramadhan came and A Ramadhan went, But no time had I repent. The Hajj was already obligatory upon me, But I would not part with my money. All charities I did ignore taking usury more and more. Sometimes I sipped my favourite wine, With flirting women I sat to dine. Oh Angel I appeal to you, Spare my life for a year or two. The laws of The Qur’an, I will obey, I’ll began Salat- this very day. My fast and Hajj I will complete, And keep away from self-conceit. I will refrain from usury, And give all my wealth to charity. Wine and unlawful women, I will detest, Allah’s oneness I will attest.”





“We Angels do what Allah demands, We cannot go against His commands Death is ordained for everyone- father,mother,daughter and son. I’m afraid, this moment is your last, Now be reminded of your past. I do understand your fears But it is now too late for tears. You lived in this world, Two score or more, Your parents you did not obey, Hungry beggars, you turned away. Your two ill-mannered, female offspring In nightclubs, for livehood they sing. Instead of making more Muslims, You made your children non-Muslims. You ignored the Azan (call to prayer) Nor did you recite The Holy Qur’an. Breaking promises all your life, Backbiting friends and causing strife. From hoarded goods, Great profits you made, And your poor workers- You underpaid. Horses and cards were your leisure, Money-making was your pleasure You ate and ate, And grew more fat, With the very sick, you never sat. A little donation, you never gave That could a little baby save. You thought you’re clever and strong, But Oh man, You’ve done so many wrong. Paradise for you? I cannot tell The disbeliever will dwell in hell. There is no time for you to repent, I’ll take your soul for which I am sent.

Glosari:

1. Desire: kehendak

2. Slave: hamba

3. Wealth: harta,kekayaan

4. Charity: kebajikan

5. Repent: menyesal






Jumaat, 25 Disember 2009

Hijrah, ke mana kamu berhijrah wahai ummah?





1431H. Macam-macam orang ucap, itu dan ini. Semuanya seputar azam baru di tahun yang baru. Berniat hendak mejadi lebih baik, berniat untuk mempertingkatkan diri. Tetapi, semua ini hanya akan menjadi seperti debu sahaja, andai ia dilakukan semata-mata kerana melepasi sebuah tahun.




1 Muharram, 1001 azam baru muncul dan wujud.




1 Januari, sekali lagi 1001 azam baru muncul.




Namun, apakah azam-azam ini diiringi dengan perancangan? Atau sebut-sebutan dari omongan? Ke arah mana kita berhijrah hakikatnya? Menjadi hamba Ilahi Yang Berkuasa, atau hakikatnya berhijrah dalam lingkungan perhambaan di dalam dunia juga? Ke arah mana?

Iman terjemahannya amal, cita-cita terjemahannya perancangan. Amat pelik untuk saya, orang-orang berazam tetapi tidak pula merancang cara untuk menggapai azamnya. Begitulah juga manusia-manusia yang sibuk bercakap berkenaan Palestin, tetapi tiada perancangan rapi untuk membebaskannya. Kita sudah penat dengan omongan kosong.


Dunia tidak akan tertawan hanya dengan bicara. Sebuah negara hanya bisa ditakluk dengan usaha. Bukan usaha semberono, tetapi usaha yang penuh dengan perancangan yang bersungguh-sungguh. Merancang adalah bukti kita punya matlamat yang jelas. Kita nampak ke mana kita hendak berakhir, apa yang kita mahu, dan apa yang kita hendak gapai, maka kita merancang, langkah demi langkah agar kita mampu mencapai apa yang kita harapkan.


Di sinilah baru berlakunya peningkatan. Kita tahu di mana kita hendak berehat, kita sedar di mana kita kejatuhan, dan kita akan nampak apa yang perlu kita muhasabahkan. Dengan perancangan, apabila kita tiba ke titik-titik tertentu, kita akan mampu menaik secara berkadar terus dengan kehidupan, bukannya turun dan naik dengan mengikut keadaan.


Apakah kita merancang wahai diri yang kini menyatakan 1001 azam?


Dunia bukan untuk bermain-main Dunia ladang akhirat. Kita semua tahu. Setiap amal baik dan buruk akan dihitung walau sebesar zarah. Kita semua tahu. Maka dengan pengetahuan kita ini, apakah kita menyangka dunia ini boleh kita lalui dengan bermain-main sahaja?


Kita tahu hari ini ummat Islam tertindas, kita sedar hari ini musuh-musuh Allah amat hebat, kita nampak betapa kita hari ini lemah, kita faham betapa jauhnya kita hari ini dengan Allah SWT, maka apakah yang telah kita usahakan?Adakah cukup dengan kata-kata dan penulisan?


Salam ma’al hijrah, semoga lebih baik” “Semoga meningkat” “Harap tahun ini lebih baik” Kita sebut dengan kefahaman dan terjemahan amal, atau sekadar mengisi ruang kegembiraan satu sambutan? Kita hakikatnya mahu, setiap perbuatan kita, gerak geri kita memberikan kesan kepada pembangunan ummah. Kita tidak mahu kehidupan yang sia-sia. Kita tidak hadir ke dunia ini untuk hanya bermain-main sahaja.


Lihatlah ke arah mana mereka berhijrah. Menelusuri kisah hijrah para sahabat, pasti kita melihat betapa kita merentas tahun hijrah ini hanya dengan bermain-main sahaja.


Hijrah di dalam Islam punya makna yang besar. Bukan merentas tahun, tetapi merentas sahara untuk menyelamatkan iman. Bagaimana pula mereka berhijrah?


Adakah dengan segala kemewahan? Tidak. Suhaib Ar-Rumi RA, seoran hartawan yang terkenal dengan kekayaannya. Awalnya dia berhijrah dengan seluruh hartanya. Di tengah perjalanan, dia berjaya ditahan pihak Musyrikin Makkah. Mereka hendak membawanya pulang, menghalangnya daripada meneruskan hijrah.


Lantas Suhaib Ar-Rumi berkata: “Apakah kalau aku tinggalkan semua hartaku di sini, maka kamu akan membenarkan aku pergi?” Dan dia meninggalkan seluruh hartanya. Saya ulang, dia meninggalkan seluruh hartanya. Untuk apa? Untuk hijrahnya kepada Allah SWT, untuk menyelamatkan keimanannya. Dia sanggup mengorbankan seluruh hartanya. Kerna dia jelas, dia berhijrah ke arah Allah SWT Yang Maha Kaya, Yang Berkuasa Atas Segala-galanya.


Abdurrahman bin Auf, seorang lagi hartawan terkenal. Dia awal-awal lagi bergerak keluar dari Makkah dengan sehelai sepinggang. Langsung tidak membawa hartanya. Sehingga di Madinah terpaksa memulakan perniagaannya daripada aras bawah semula.


Begitu juga hartawan lain seperti Abu Bakar, Uthman dan lain-lain yang mengikuti Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri bersabung nyawa di dalam peristiwa hijrah ini.


Begitu juga Saidina Ali bin Abu Talib RA yang sanggup menggantikan Rasulullah SAW di kamar baginda. Pernahkah anda tertanya-tanya, atas dasar apakah mereka sanggup berkorban sedemikian rupa?


Kerana mereka benar-benar jelas akan penghijrahan mereka. Mereka berhijrah kepada Allah SWT. Keimanan mereka, keyakinan mereka membuatkan mereka sanggup mengorbankan segalanya, asalkan penghijrahan mereka kepada Allah SWT itu berjalan lancar. “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”


Riwayat Bukhari dan Muslim. Maka, apakah yang telah kita korbankan, andai benar penghijrahan kita kepada Allah SWT? Atau sebenarnya, hijrah kita bukannya kepada Allah SWT, sebab itu kita tidak mengorbankan apa-apa? Sebab itulah kita tidak merancang apa-apa? Jika benar, maka kita ini tidak berhijrah sebenarnya.

Improve Your Relationship With Al-Quran



“O my Lord, indeed my people have taken this Qur’an as a thing (abandoned)”.[Surah 25: 30] Are you one of those people who rarely touch the Qur’an? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Qur’an.

1. Before you touch it, check your heart. The key to really benefiting from the Qur’an is to check your heart first, before you even touch Allah’s Book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace be upon him) was described by his wife as a “walking Qur’an”: in other words, he didn’t just read and recite the Qur’an, he lived it.


2. Do your Wudu' (ablution). Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.


3. Read at least 5 minutes everyday. Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more!


4. Make sure you understand what you’ve read. Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Qur’an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day.


5. Remember, the Qur’an is more interactive than a CD. In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.


6. Don’t just read; listen too. There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.


7. Make Dua (supplication). Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this.

Khamis, 24 Disember 2009

Budaya Membaca Orang Islam Lapuk





Ungkapan “membaca jambatan ilmu” sering kita dengar. Perkataan ‘iqra’ yang bermaksud bacalah merupakan perkara sinonim dalam diri kita sebagai umat Islam. Namun, hakikatnya sejauh mana kita menghayati perkara ini.

Mengimbau kembali sejarah silam kita akan mendapati bahawa Islam telah mencapai zaman kegemilangannya hasil daripada perkembangan pesat dalam bidang keilmuan. Perkembangan pesat wujud akibat semangat suka membaca dan cintakan ilmu dalam diri umat Islam pada zaman itu sehingga lahir ramai ulama’ yang pakar dalam bidang agama, sains, dan teknologi dan natijahnya umat Islam pada masa itu dipandang tinggi dan digeruni oleh umat-umat lain di dunia.

Marcapada, umat Islam pada zaman ini jelas berbeza dengan umat Islam pada masa dahulu. Kita pada masa ini dianggap sebagai umat yang paling hina dan boleh diperlakukan sesuka hati oleh orang kafir selain kita dipaksa mengikut telunjuk mereka dalam segala bidang tidak kira politik, sosial , dan ekonomi yang memang jelas bertentangan dengan syariat Islamiyyah.

Secara peribadinya saya berpendapat bahawa situasi ini berlaku disebabkan sikap individu muslim sendiri yang semakin jauh daripada amalan membaca dan ilmu pengetahuan. Kita lihat sendiri fenomena di negara kita di mana orang Melayu Islam khususnya tidak suka atau jarang sekali membaca sehinggakan terpaksa diadakan kempen untuk menggalakkan kita membaca. Kempen ini tidaklah salah tetapi berdasarkan pengalaman saya di England dahulu, tidak pernah wujud kempen membaca kerana rakyat di sana boleh dikatakan membaca buku hampir setiap hari manakala kita di sini ada yang hanya membaca sekali dalam sebulan (tidak termasuk buku akademik).

Kanak-kanak di sana memang telah dididik sejak kecil untuk membaca di mana perpustakaan awam disediakan oleh kerajaan di merata tempat dan mereka digalakkan meminjam sebanyak 14 buah buku seorang untuk tempoh seminggu.

Selain itu, di sekolah pula para pelajar diwajibkan untuk membuat laporan tentang sebuah buku yang dibaca setiap minggu. Program-program ini bukan hanya berlaku di sesetengah tempat sahaja tetapi di seluruh negara kerana saya berkesempatan untuk tinggal di beberapa tempat yang berbeza ketika di sana dan mendapati terdapat persamaan tentang budaya membaca rakyat di sana yang memang umum diketahui majoritinya adalah Kristian.

Satu perkara lagi, membaca merupakan amalan orang Barat di mana ibu bapa akan membacakan sebuah buku untuk anak mereka sebelum tidur. Perkara di atas saya kira berlainan dengan budaya membaca di negara-negara Islam khususnya Malaysia.

Jelaslah umat Islam di dunia memang jauh ketinggalan berbanding Barat berkaitan semangat membaca. Tidak hairanlah sekarang ini kita dijajah oleh mereka dan kita tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan semangat suka membaca pada masa ini wujud dalam diri mereka dan telah hilang dalam diri kita, umat Islam.

Saya ingin menyeru kepada umat Islam sekalian agar mengingati kembali wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad iaitu ‘bacalah’. Sedar atau tidak budaya membaca memang telah lama diamalkan oleh kita iaitu amalan membaca al-Quran tetapi janganlah kita hanya sekadar membacanya tetapi tidak memahaminya dan terus menyebabkan kita semakin ke belakang. Sesungguhnya jika kita benar-benar menghayati bacaan al-Quran kita, saya yakin kita mampu mengembalikan zaman keagungan tamadun Islam yang terkenal pada masa dahulu.

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN...PANJANGKAN EMAIL INI

بسم الله الرحمن الرحيم


Keperihatinan anda diperlukan...


Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt... Wassalam!

Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL. Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera,
Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut & tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA! Wallahua' lam...

Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,

Rodhiah Othman
Unit Pembuatan Tahunan
Bahagian Perangkaan Pengeluaran Industri & Binaan
Jabatan Perangkaan Malaysia

Tel. : 03 88857876


BUDAK PEREMPUAN HILANG

بسم الله الرحمن الرحيم


Young Girl Missing AT KL


Dear Friend,
朋友们,
Halo, kawan-kawan,

If you found the girl as below, please pass her to nearest police station or contact to your state police hot line.
如您有发现这位小女孩,请您把她送到附近的警察局,还是连络州属的警察热线。
Jikalau kamu terjumpa budak perempuan seperti nyata di bawah,Sila tolong hantar dia ke balai polis yang terlekat, Atau pun berhubung dengan hot line polis negeri kamu.

She was missing since 19/11/2009 at KL Ipoh road.

Her name: Ng Kah Yee.
她的姓名:伍嘉仪
Namanya: Ng Kah Yee.

Age: 13 years old.
13 岁。
13 tahun.

State Police Headquarters Hotline
States Tel. No.
Kuala Lumpur 03-2115 9999
Selangor 03-2052 9999
Perlis 04-971 1999
Kedah 04-739 2999
Penang 04-269 1999
Perak 05-240 1999
Negeri Sembilan 06-761 1999
Melaka 06-285 1999
Johor 07-221 2999
Terengganu 09-635 4999
Kelantan 09-745 0999
Pahang 09-515 1999
Sabah 088-31 8555
Sarawak 082-24 0800

Kindly forward this mail out as many you can. They really need your help.
请帮忙把这讯息转送给所有的人, 功德无量!
Sila forward mail ini kepada semua orang, Ucapan ribuan terima kasih atas pertolongan kamu.

Wanita kekal cantik dengan SOLAT

Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang mengetahui setiap suruhan dan laranganNya. Adakah anda sebagai seorang wanita pernah terfikir betapa banyak kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam pergerakan solat yang dilakukan setiap hari? Percaya atau tidak setiap gerakan dalam solat telah mendahului kepercayaan orang tua-tua dalam memberi petua turun-temurun kepada generasi yang akan datang?Mereka menemui bahawa gerakan yang dikenali sebagai senaman dapat mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita. Bahkan dari segi sains, solat dapat mengalirkan aliran darah dengan begitu sempurna. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi persamaan antara pergerakan solat dan pergerakan senaman dari petua orang dahulu kala. Kebesaran dan kebijaksanaan ALLAH perlu dikaji oleh setiap insan kerana ada sebab dan musabab kenapa ALLAH menjadikan begini? kenapa tidak begitu? begitu mengapa tidak begini?Ada sedikit ilmu yang ana ingin kongsikan bersama setiap insan yang bergelar hawa yang bakal melahirkan pejuang-pejuang islam yang bakal menegakkan AGAMA ISLAM dimuka bumi.

SENAMAN-SENAMAN YANG MENYAMAI PERGERAKAN SOLAT.

1. Faedah Halus Pandangan: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata. Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam. Perasan atau tidak kedudukan itu sama seperti kedudukan kita sewaktu berdiri tegak mengadap ALLAH. Cuma dalam senaman ini kita berada dalam keadaan berbaring. Manakala mata kita sama gerakan seperti memberi salam ke kanan dan kiri dalam solat.

2.Faedah Angin Tunggal: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita. Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama. Keadaan ini sama seperti kedudukan sewaktu kita sujud mengadap ALLAH,ada sebab mengapa sujud yang panjang didalam solat itu lebih baik berbanding dari tergopoh gapah.

3. Faedah Angin Kembar: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita. Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.Sewaktu mengangkat kedua-dua kaki ke atas keadaan ini pula hampir menyamai kedudukan sewaktu rukuk di dalam solat,kemudian apabila kaki dibengkokkan ke dada itu sama seperti kedudukan kita bangun daripada rukuk dan terus sujud.Semoga apa yang ana kongsikan ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa pemikiran manusia dan sains sebenarnya telah dikabarkan oleh ALLAH TAALA dalam 'bahasa indahnya' kepada semua manusia. Terpulang kepada manusia samada akal yang ALLAH kurniakan ini digunakan ke arah kebaikan atau keburukan.

Wallahu' alam.p/s :- Allah menerangkan di dalam al-quran bahawa manusia sentiasa dihinggapi rasa gelisah, bakhil dan sifat keji yang lain. Solat adalah satu cara untuk menghilangkan sifat-sifat keji ini. Firman Allah SWT yang bermaksud ;